"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


13.4.10

Penyembuhan Prana Siri 15

CAKRA

Terdapat banyak cakra major, walaubagaimanapun cuma tujuh yang akan dibincangkan dahulu pada tahap ini.







(sila lihat rajah di atas untuk lokasi-lokasi cakra)

1) Cakra Asas (Basic or Root Chakra): Cakra ini terletak pada hujung tulang belakang, juga dikenali kawasan coccyx. Ia membekalkan tenaga dan menguatkan keseluruhan badan dan bertanggungjawab kepada keadaan kesihatan jasad keseluruhannya (physical well-being). Ia menguatkan dan memberi kesan kepada organ-organ berhampiran dan juga kepada kelenjar adrenal. Mereka yang mempunyai Cakra Asas yang aktif biasanya lasak dan sihat, dan sebaliknya bagi yang mempunyai Cakra Asas yang kurang aktif, menjadi lemah dan berpenyakit.

2) Cakra Seks: Terletak di bawah pusat (bahagian pubic). Ia mengawal dan membekalkan tenaga kepada organ seksual dan bahagian pundi kencing.

3) Cakra Solar Plexus: Terdapat 2 cakra solar plexus-di bahagian depan dan belakang. Ia terletak pada kawasan ulu hati. Mereka mengawal dan membekalkan tenaga untuk organ pankreas, hati, perut, usus besar, apendiks, diaphragm dan sebahagian usus kecil. Organ Jantung sangat kuat dipengaruhi cakra ini. Cakra solar plexus hadapan bertindak sebagai 'pusat penyebar tenaga'- sebahagian besar prana dari cakra bahagian bawah melalui cakra ini sebelum ia sampai ke cakra bahagian atas dan begitulah sebaliknya. Keseluruhan jasad boleh diperkuat dengan mengalirkan tenaga ke cakra solar plexus.

4) Cakra Jantung (Heart Chakra): Terdapat 2 cakra jantung. Satu di bahagian hadapan dan satu di bahagian belakang. Cakra jantung hadapan mengawal dan membekal tenaga untuk jantung fizikal dan kelenjar thymus. Sementara cakra jantung belakang bertanggungjawab terhadap paru-paru dan sebahagian jantung dan kelenjar thymus.

5) Cakra Kerongkong (Throat Cakra): Mengawal dan membekal tenaga untuk kelenjar thyroid dan parathyroid.

6) Cakra Ajna: Terletak antara dua kening. Ia membekalkan tenaga dan mengawal kelenjar pituitari dan juga sebahagian otak. Ianya juga dipanggil 'Master Chakra' kerana ia mengarah dan mengawal cakra-cakra lain dan kelenjar endokrin yang diwakili mereka. Dengan mentenagakan cakra ini, menyebabkan cakra-cakra lain 'bersinar' dan aktif. Ada beberapa perawat prana yang hanya menggunakan cakra ajna sebagai laluan untuk merawat cakra-cakra lain atau organ yang bermasalah, walaupun terletak jauh dari cakra tersebut.

7) Cakra Mahkota (Crown Cakra): Terletak pada kawasan letaknya 'mahkota' pada kepala. Ia membekalkan tenaga dan mengawal organ otak dan kelenjar pineal. Dengan mengaktifkan cakra ini juga, kawasan-kawasan lain boleh dirawat-seperti anda menuang air ke dalam satu bekas.

Adalah menarik untuk diperhatikan, setiap cakra adalah bertanggungjawab untuk mengawal dan mentenagakan satu kelenjar endokrin. Ini penting diketahui, jika anda ingin merawat pesakit. Contohnya, jika anda hendak merawat pesakit diabetis, maka anda kena tumpukan perhatian merawat cakra yang berkaitan dengan pankreas iaitu cakra solar plexus.

Keseluruhan jasad boleh ditenagakan melalui cakra-cakra mahkota, ajna, jantung (belakang), solar plexus, pusat, limpa, asas, tangan dan kaki. Bahagian yang bermasalah boleh ditenagakan secara terus atau melalui cakra yang berdekatan. Ada perawat prana yang mengalirkan tenaga melalui cakra yang jauh, seperti ajna atau mahkota untuk merawat masalah jantung atau usus. Kesimpulannya, banyak cara boleh digunakan untuk merawat/ mengalirkan prana ke tempat bermasalah, tapi PRINSIP ASASNYA SAMA IAITU PEMURNIAN & PENTENAGAAN (CLEANSING & ENERGIZING).

Point-point acupuncture dan cakra adalah laluan untuk keluar masuk prana. dengan mentenagakan cakra berdekatan, prana yang dialirkan akan mendapat laluan mudah untuk sampai ke kawasan bermasalah. Tetapi jika anda mengalirkan prana secara direct untuk merawat kawasan bermasalah, prana akan 'ditapis' dahulu, jadi memerlukan lebih banyak masa dan tenaga untuk merawat.

Untuk mentenagakan keseluruhan badan cakra solar plexus biasanya digunakan, kerana ianya terletak di bahgian tengah badan dan dekat dengan organ-organ penting yang berdekatan. Pentenagaan cakra solar plexus mesti dilakukan secara lembut dan perlahan-lahan. Jika terlampau kuat atau cepat, boleh menyebabkan kesusahan bernafas.

..bersambung..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..