MASA UNTUK LATIHAN
Anda perlu mengikut jadual latihan berikut sekurang-kurangnya untuk 12 hari untuk memahirkan diri anda dalam aspek penyembuhan prana.Ini untuk menyediakan diri anda merawat kes-kes 'kecemasan', contohnya jika ia terjadi pada anak anda. Latihan ini akan membolehkan anda merawat kes-kes yang mudah seperti demam, cirit birit, sakit perut ('masuk angin'), sakit-sakit otot, gigitan serangga dan sebagainya.
1) Latihan mensensitifkan tangan-5 hingga 10 minit sehari
2) Scanning-5 hingga 10 minit sehari
3) Pemurnian setempat dan menyeluruh-10 minit sehari
4) Pengisian tenaga dengan prana-10 minit sehari
Lebih baik jika latihan-latihan di atas dijalankan pada pesakit yang betul. Jika tidak boleh didapati, anda boleh melakukannya pada seorang rakan atau keluarga anda sendiri.
Jika anda termasuk dalam golongan yang tidak boleh merasa kesensitifan tangan, teruskan membuat pemurnian dan pengisian tenaga. Teruskan membuat latihan mensensitifkan tangan. Anda akan berjaya merasakannya selepas tiga hingga empat sesi latihan
Adalah dinasihatkan untuk belajar merawat kes-kes yang mudah dahulu sebelum anda mula merawat kes-kes yang rumit. Ini penting untuk mendapat lebih pengalaman dan keyakinan. Cubalah untuk merawat sekurang-kurangnya 30 kes mudah sebelum anda merawat kes-kes yang susah dan complicated.
3 PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN DALAM PENYEMBUHAN PRANA
1) JANGAN mengalirkan prana secara terus ke mata. Ini kerana ia sangat sensitif dan dengan mudah boleh menjadi 'overdose' dengan prana dan mata boleh rosak. Prana boleh dialir ke mata melalui belakang kepala atau melalui ruang antara kening (cakra ajna). Jika prana yang dialir berlebihan, ianya akan dibawa ke kawasan selain mata.
2) JANGAN mengalirkan prana secara terus dan terlampau kuat ke bahagian jantung. Ianya juga sangat sensitif. Terlampau kuat prana yang dialirkan pada jantung menyebabkan kelebihan prana yang serius (severe pranic congestion) dan ini boleh membahayakan. Prana boleh dialir ke jantung melalui tulang belakang yang setara dengan bahagian jantung. Jika prana yang dialirkan terlebih, ia akan pergi ke organ-organ lain yang berhampiran dan ini mengelakkan pranic congestion pada jantung.
3) JANGAN mengalirkan prana yang terlampau kuat pada bayi, kanak-kanak (kurang dari 2 tahun) atau pesakit yang terlampau lemah dan tua. Bayi dan kanak-kanak kecil mempunyai cakra yang kecil dan masih belum kuat. Pesakit yang terlampau lemah atau tua juga mempunyai cakra yang sangat lemah. Prana yang dialir terlampau kuat menyebabkan mereka seakan 'tersedak' (choking). Umpama seperti seorang yang terlampau dahaga dan mereka minum air dengan terlampau banyak dalam masa yang sangat singkat! Keupayaan seorang pesakit yang terlampau lemah dan tua untuk menyerap prana adlah sangat perlahan. Mereka ini sepatutnya dialir prana secara lembut dan perlahan-lahan. Mereka juga dinasihatkan berehat selama 15-20 minit sebelum anda menyambung proses pengisian tenaga.
Jika cakra solar plexus seakan 'tersedak' (choking) disebabkan terlebih prana dialirkan, pesakit mungkin mengalami kepucatan (pale), dan kesusahan bernafas. Jika ini berlaku, lakukan pemurnian setempat dengan cepat, pada kawasan solar plexus. Pesakit akan biasanya lega serta merta. Kes seperti ini jarang berlaku, tetapi anda mesti bersedia dengan segala kemungkinan
..bersambung
No comments:
Post a Comment