Kini tiba masanya kita akan mengaplikasi ilmu penyembuhan prana yang dipelajari sebelum ini untuk merawat kes-kes yang akan biasa ditemui.
SAKIT KEPALA
Scan cakra mahkota, ajna, bahagian belakang kepala dan keseluruhan kepala dan leher. Sakit kepala biasanya disebabkan kekurangan atau kelebihan prana pada kawasan tersebut. Bahagian mata, pelipis (temples) dan solar plexus juga harus discan.
Lakukan pemurnian setempat dan pentenagaan pada cakra mahkota, ajna, belakang kepala dan kawasan kepala yang sakit. Jika penyebab sakit kepala adalah pengumpulan (congestion) prana, pemurnian setempat biasanya sudah cukup untuk melegakan sakit. Atau (jika anda kesuntukan masa), cuma tanya pesakit, kawasan kepala yang sakit dan lakukan pemurnian dan pentenagaan pada tempat tersebut.
Jika sakit kepala disebabkan keletihan mata (eye strain), cakra ajna, bahagian mata dan pelipis juga mesti dimurni dan ditenagakan. Mata ditenagakan melalui cakra ajna.
Jika sakit kepala ada kaitan dengan masalah emosi atau stress, bahagian cakra solar plexus juga harus dimurni dan ditenagakan.
Ingat! sentiasa dapatkan maklumbalas (feedback) dari pesakit, selepas itu scan semula selepas merawat untuk memastikan kawasan tersebut dirawat sebaiknya.
SELSEMA/BATUK DAN HIDUNG TERSUMBAT
Scan cakra ajna, cakra kerongkong, cakra solar plexus hadapan, cakra jantung belakang, dan kawasan paru-paru (depan, sisi dan belakang). Kawasan-kawasan ini mungkin terdapat pengurangan/penyumbatan prana. Lihat rajah di bawah untuk kawasan yang terlibat.
Oleh kerana keseluruhan jasad terlibat dalam masalah ini, lakukan pemurnian menyeluruh untuk membersihkan keseluruhan jasad. Kemudian lakukan pemurnian setempat dan pentenagaan pada cakra ajna, kerongkong, jantung (belakang) dan paru-paru. Ini untuk membersih dan mentenagakan sistem pernafasan sehingga ke kerongkong dan hidung.
Lakukan pemurnian dan pentenagaan pada cakra solar plexus. Ini untuk menguatkan keseluruhan badan.
Kawasan yang perlu dirawat untuk selsema/batuk
Scan semula kawasan tadi dan dapatkan maklumbalas pesakit. Jika rawatan telah dijalankan dengan betul, pesakit akan merasa sangat lega. Pesakit mungkin diberikan sekali lagi rawatan selepas 4 jam untuk menguatkan lagi rawatan terdahulu dan untuk mempercepatkan proses rawatan.
Arahkan pesakit supaya berehat dan tidak makan terlampau banyak. Dengan makan terlampau banyak, menggunakan prana yang banyak, yang sepatutnya digunakan untuk penyembuhan yang cepat terhadap badan.
DEMAM
Scan keseluruhan badan dengan penekanan kepada 7 cakra major, kawasan tulang belakang, paru-paru, abdomen dan tapak kaki. Orang demam biasanya mempunyai aura dalaman yang menipis sehingga 2 inci atau kurang.
Bersih dan murnikan keseluruhan badan dengan lakukan pemurniaan menyeluruh 4-5 kali (lihat rajah). Bersih dan tenagakan cakra tapak tangan dan cakra tapak kaki. Ini untuk mengaktif dan mentenagakan cakra-cakra tersebut-ini akan meningkatkan kebolehan mereka menyerap prana tanah dan udara. Ini seterusnya menguat dan mentenagakan keseluruhan jasad, untuk melawan jangkitan.
Bersih dan murnikan cakra solar plexus hadapan dan cakra pusat (navel). Ini sangat penting dan kritikal untuk menurunkan demam. Demam biasanya disebabkan jangkitan kerongkong atau paru-paru. Jika kawasan cakra kerongkong, cakra jantung belakang dan paru-paru terlibat, lakukan pemurnian setempat dan pentenagaan pada kawasan-kawasan tersebut.
Jika teknik-teknik di atas diaplikasi dengan betul, kebanyakan pesakit menunjukkan perkembangan yang baik dalam masa 1 jam atau kurang. Kadang-kadang, terdapat sedikit kenaikan suhu dalam masa 2 jam pertama. Ini disebabkan reaksi radikal iaitu 'pertentangan' di antara kuman dan prana yang dialirkan.
Rawatan diberi sebanyak 2-3 kali sehari untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Pesakit biasanya boleh sembuh dalam sehari atau dua.
..bersambung
No comments:
Post a Comment