1. lakukan pernafasan terarah (rujuk posting sebelum ini). selepas itu anda boleh rileks dan bernafas spt biasa
2. cakra dasar
-bayangkan cahaya merah menyala memasuki seluruh badan, turun memenuhi kedua paha, memasuki dan memenuhi lutut, turun memenuhi seluruh kaki sampai ke jari-jari kaki.sambil turun, cahaya ini membawa seluruh tenaga negatif yang ada dalam badan dan membuangnya melalui tapak kaki. tarik lebih banyak cahaya merah sehingga seluruh jalur tadi menjadi terang dan mendorong seluruh tenaga negatif keluar melalui tapak kaki
-elakkan drpd melakukan sebarang perkara selama 5 saat
3.cakra sakral
-beralih ke cakra kedua.
-bayangkan cahaya berwarna oren masuk melalui melalui cakra ini yang terdapat pada alat kelamin. cakra itu bergerak ke atas melalui paru-paru dan jantung. bayangkan seluruh bahagian itu dipenuhi cahaya oren. cahaya itu keluar drpd cakra jantung dengan membawa tenaga dan perasaan negatif yang ada pada anda
-elakkan drp melakukan semua perkara selama 5 minit
4. cakra solar pleksus
-beralih ke cakra yg ketiga
bayangkan cahaya kuning memasuki pusat dan memenuhi seluruh perut. cahaya itu bergerak hingga ke jantung dan dibuang bersama dengan tenaga kotor dan emosi yang negatif drpd perut
-elakkan drp melakukan sebarang perkara dalam 5 minit
5. cakra jantung
-beralih ke cakra yang ke-4
-bayangkan cahaya hijau muda memasuki bahagian tengah dada, kemudian memenuhi bahu,tangan sampai ke jari jemari. kemudian cahaya itu turun ke bawah memenuhi seluruh badan sampai ke jari jemari kaki dan naik ke atas leher dan kepala, memenuhi seluruh rongga kepala dan otak, sambil membuang segala tenaga dan unsur negatif.
-elakkan drpd melakukan sebarang perkara selama 5 minit
6. cakra tenggorokan
-bayangkan cahaya berwarna biru memasuki bahagian tenggorokan, turun ke dada dan memenuhi ruang dada dan jantung
-elakkan drp melakukan sbrg perkara selama 5 minit
7. cakra ajna.
-kemudian, kita ke cakra yang seterusnya
-bayangkan cakra berwarna ungu kebiruan memasuki ruang antara 2 kening dan terus ke dalam kepala. cahaya itu memasuki kepala dan otak serta menerangi fikiran dan roh. cahaya itu turun ke tenggorokan dan memenuhi dada sambil membawa tenaga spiritual ke cakra jantung
-elakkan drpd melakukan sbrg perkara selama 5 minit
8. cakra mahkota.
-bayangkan cahaya putih terang benderang turun ke dalam kepala melalui cakra mahkota. cahaya ini turun ke bawah, memasuki ruang kepala, leher, dada, badan dan seluruh anggota badan sambil membawa tenaga yang tidak terbatas.
ulangi langkah 1-8 sekurang-kurangnya 7 kali