"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


2.8.08

Penyakit Chikungunya


Tadi saya terima sms dari seorang kawan lama, Nai-'Doc, ada ubat tak bagi penyakit chikungunya.apa simptom bagi penyakit ni? I ni bila tengahari rasa sejuk, tapi badan berpeluh'

To start with..

Chikungunya tiga negeri terkawal

Oleh Hassan Omar dan Mohd Amin Jalil

-Berita Harian online

Kes demam Chikungunya di Perak, Melaka dan Johor sejak dua minggu lalu sudah dikawal melalui usaha menghapuskan sarang pembiakan Aedes oleh kakitangan Jabatan Kesihatan negeri terbabit. Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, berkata demam berkenaan berpunca daripada Aedes berikutan kegagalan masyarakat memastikan kebersihan di persekitaran rumah.

"Penyakit itu disebarkan oleh Aedes," katanya pada sidang media selepas melawat Hospital Queen Elizabeth (QEH) di sini, semalam. Di Slim River, 20 orang disyaki menghidap demam itu tetapi ujian darah Jabatan Kesihatan Perak mengesahkan hanya enam pesakit dijangkiti Chikugunya.

Di Jasin, seorang pekebun sawit mati selepas disyaki menghidap Chikugunya.Sementara itu, di SEREMBAN, orang ramai diingatkan tidak perlu takut dengan demam Chikungunya kerana penyakit itu tidak seteruk seperti disangka hingga dikatakan boleh menyebabkan kematian, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad. "Penyakit itu tidak seteruk seperti disangka dan orang ramai tidak harus bimbang," katanya selepas menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang 2008 di Kolej Pembantu Perubatan, di sini, semalam.
Apakah penyakit Chikungunya?

-ianya disebabkan gigitan nyamuk aedes yang telah dijangkiti virus Chikungunya
-pertama sekali ditemui dalam darah seorang pesakit yang demam di Tanzania pada 1953, selepas itu banyak menyebabkan wabak pada banyak tempat, terutama di Asia dan Afrika, terbaru sekali di Malaysia baru-baru ini sehingga dilabelkan penyakit 'misteri'

Apa penyebab Chikungunya?


-disebabkan virus dari genus Alphavirus, dari famili Togaviridae

Apakah pembawa Chikungunya?

-nyamuk Aedes aegypti yang suka membiak dalam bekas-bekas air bertakung dan Aedes albopictus (sama dengan pembawa virus Denggi)

Apakah simptom Chikungunya?


-paling biasa-demam,sakit kepala, keletihan, loya, muntah, ruam, sakit sendi dan otot.simptom-simptom boleh berlarutan dari beberapa hari ke beberapa minggu

Apakah tempoh pengeraman (incubation period) Chikungunya?

-2-12 hari, kebiasaannya 3-7 hari

Bolehkah wanita hamil yang dijangkiti Chikungunya memindahkan virus pada bayi dlm kandungan?

-kebanyakan kes tidak berjangkit kecuali pada peringkat kelahiran

Bolehkah wanita yang menyusu badan yang dijangkiti Chikungunya menjangkiti bayi yang disusui?

-setakat ini tiada bukti yang menunjukkannya

Apakah rawatan Chikungunya?

-setakat ini tiada vaksin atau anti-virus khusus untuk merawat Chikugunya. rawatan adalah simptomatik iaitu dgn rehat, lebihkan minum air, dan ubatan untuk menurunkan demam dan painkillers.Individu yang dijangkiti akan dilindungi dari gigitan nyamuk lagi dengan penggunaan kelambu untuk beberapa hari untuk mengelakkan beliau dari menjangkitkan penyakit itu pada orang lain

Apakah kadar kematian disebabkan Chikungunya?

-sangat jarang, dan pesakit yang tua lebih tinggi risikonya

Apakah kaedah mencegah Chikungunya?

-sama dengan kaedah pencegahan Denggi
-gunakan ubat penghalau nyamuk spt DEET, picaridin, oil of lemon eucalyptus dsb
-memakai baju dan seluar panjang
-menukar air dalam bekas pasu bunga, kolah, tong air dsb sekurang-kurangnya seminggu sekali
-dan lain-lain langkah yang difikirkan perlu

Rujukan: Center for Disease Control (CDC) http://www.cdc.gov/ncidod/dvbid/Chikungunya/CH_FactSheet.html
So Nai, I hope to answer your question.take care!

7 comments:

floweristachantress said...

2 minggu lepas 1 rumah demam.. lama plak tu... seram kitorang ngatkan dah kena chikugunya ni.. pheww. alhamdulillah bukan.. tapi urat2 sendi sakitlah jugak.. cuma tahap tu tak lah melampau..

Mademoiselle Cynicleopetra said...

Ya Allah seramnya ada penyakt nih...tak pernah dengar pun bukan denggi ke Dr Pakcik?

~ beaber ~ said...

few months back area ke arah pontian... ulu choh n sewaktu dengan nyer kena that disease..

kelam kabut la jugak kementerian kesihatan area saner ..

fogging everyday and check all houses ..

now ok

Anonymous said...

chikunguya ni kira sepupu sepapat denggi le...(pembawanya sama ie aedes)..and biasanya tak serius cam denggi..

cik indie said...

ibu saya baru je dijangkiti.. risau sgt.. dia demam. kadangkala rase panas, kadangkala menggigil kesejukan.. pagi tadi meracau.. virus ni mmg menular di kwsn segamat.. siapa2 yang tahu kaedah rawatan utk cepat sembuhkan ibu saya.. tq..

Anonymous said...

Menurut Guru saya, beliau ada petua utk merawat demam denggi dan chikugunya ni (telah terbukti berkesan, alhamdulillah)

-lumurkan perahan air limau nipis ke serata badan.

-adalah lebih baik kalau boleh mandi dgn ais selepas itu (jirus pada ubun-ubun dan ke serata badan)

Cubalah petua ni..insya-Allah..

(no harm trying coz perubatan moden pun takde ubat spesifik utk chikugunya)

Anonymous said...

salam,
kat klang ni telalu byk kes chiku2sampai hospital bg ubat n rwt sendiri d rumah je.Kalau kat klinik yg sy keje ni ade 5 ke 7 kes se hari. Dr bg acyclovair tablet(yg penting sekali) d samping ubat2 lain.Tapi dia kata jangan sekali2 minum air kelapa, penyakit akan jd lebih teruk sebab air kelapa potong ubat dan ini memberi peluang kuman membiak lagi.Wallahualam.Ujian allah pd kita semua.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..