"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


5.8.08

Rawatan Herba untuk Diabetis

Hasil dari kajian saintifik menunjukkan banyak herba mempunyai kebolehan untuk merawat diabetis.Yang lebih menarik, herba-herba ini boleh didapati dengan senang di negara kita! Jadi why not kita gunakannya untuk membantu rawatan penyakit seperti diabetis yang saban tahun terus meningkat?..

Cuma yang penting herba-herba ini perlu dikaji secara klinikal dengan lebih mendalam dan seterusnya dikomersialkan

Oleh kerana masalah obesiti (kegemukan) berkait rapat dengan diabetis, herba-herba ini dipercayai boleh membantu sesiapa yang mempunyai masalah obesiti

Jom kita tengok satu persatu..




1-Bitter Melon (peria) (Momordica charantia)

-Telah digunakan turun- temurun dalam perubatan Melayu dan Ayurveda India untuk merawat diabetis.
-Kajian saintifik menunjukkan ia mengandungi sekurang-kurangnya 4 bahan fitokimia untuk menurunkan paras gula iaitu saponins, charantin, peptides dan alkaloids
-Kajian oleh Prof Pushpa Khanna dari India mengasingkan Polypetide K dari biji peria yang mempunyai tindakan seakan-akan insulin (insulin mimics).Bagaimanapun oleh kerana ianya adalah jujukan protein yang akan dimusnahkan oleh asid di dalam usus, ia mestilah diambil secara sublingual (meletakkan di bawah lidah).produk ini dipasarkan di negara kita melalui jenama Diabegard
-Pakar-pakar herba menyarankan jika anda boleh tahan dengan rasanya yang pahit itu, anda boleh memakan peria mentah (sebagai ulam) atau dengan minum jus peria yang dikisar (50 ml sekali sehari)






2-Cinnamon (kulit kayu manis)

-Bahan aktif di dalam cinnamon termasuk cinnamaldehyde, cinnamyl acetate, dan cinnamyl alcohol.
-kesan pengambilan cinnamon bukan sahaja meningkatkan kepekaan terhadap insulin, malah merencat enzim yang menyahaktifkan insulin. ia juga berupaya memperlahan pengosongan makanan dari perut (gastric emptying) dan ini memperlahankan kesan kenaikan glukosa selepas makan
-Bahan cinnaldehyde dalam cinnamon juga didapati membantu mencairkan darah (prevent platelet clumping)





3-Bawang merah dan bawang putih (onion and garlic) (Allium cepa and Allium sativum)

-Bahan aktif dipercayai allyl propyl disulphide (APDS) and diallyl disulphide oxide (allicin), dan bahan lain seperti flavonoids)

-APDS didapati berupaya menurunkan paras glukosa dengan bersaing dgn insulin untuk memenuhi reseptor pada sel-sel hati untuk menyahkatifkan insulin. oleh itu semakin kurang insulin akan dinyahaktifkan menyebabkan tindakannya lebih tinggi pada sel-sel seperti otot
-bawang merah dan bawang putih sebenarnya lebih dikenali secara tradisional untuk merawat penyakit jantung, menurunkan kolesterol, mencegah 'platelet clumping' dan menurunkan kolesterol.
-oleh kerana diabetis seringkali berhubung-kait dengan penyakit-penyakit diatas, adalah disarankan supaya pesakit2 diabetis melebihkan pengambilan 'onion and garlic' dalam menu seharian.




4-Fenugreek (halba) (Trigonella foenum-graecum)

-Satu lagi herba yang digunakan secara tradisional dalam perubatan Ayurveda dan China
-Fenugreek juga didapati ada kesan menurunkan triglycerides (lemak)

Itu adalah herba-herba yang boleh didapati dengan senang di Malaysia. Antara yang lain didapati berkesan adalah seperti:-

5-Pterocarpus marsupium (Indian Kino, Malabar Kino, Pitasara, Venga)

6-Gymnema Sylvestre (Gurmar, Meshasringi, Cherukurinja)

7-Blueberry leaves (Vaccinium myrtillus)

8-Asian Ginseng

9-Bilberry

10-Stevia

11-Ginkgo Biloba

12-Barberry

Kesimpulannya untuk pesakit-pesakit diabetis atau penghidap masalah obesiti, tambahkan rempah ratus dan ulam-ulamandalam amalan pemakanan anda seharian. anda juga boleh mengambil suplemen-suplemen tertentu yang mempunyai salah satu atau kombinasi herba-herba yang disebutkan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..