"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


27.2.10

Penyembuhan Prana Siri 4


Hubungan antara bioplasmic body (roh) dan physical body (jasad)


Kedua-duanya mempunyai hubungan yang rapat dan saling berkait. Apa yang berlaku pada bioplasmic body akan memberi kesan kepada physical body dan begitulah sebaliknya.

Contohnya jika bioplasmic body bahagian kerongkong lemah, ianya akan dimanifestasi pada jasad sebagai selsema, batuk, sakit tekak, tonsilitis atau masalah kerongkong yang berkaitan.

Sekiranya seseorang terluka pada bahagian kulit, akan terjadi kebocoran prana di kawasan pendarahan tersebut. Pada mulanya kawasan tersebut berwarna cerah, diikuti dengan warna kelabu disebabkan kekurangan prana (pranic depletion). Jika sesuatu organ/kawasan bioplasmic body mengalami kekurangan atau berlebihan prana, organ/kawasan jasad (fizikal) juga akan mengalami kemerosotan fungsi atau terdedah kepada jangkitan kuman.Misalnya cakra solar plexus yang lemah akan meningkatkan risiko penyakit hepatitis.

Jadi ditekankan sekali lagi perkaitan antara bioplasmic body (roh) dan physical body (jasad). Dengan merawat bioplasmic body, physical body akan sembuh dengan sendirinya. Dengan kaedah PEMURNIAN (cleansing) dan PENGISIAN TENAGA (energizing) prana, penyakit rabun jauh, misalnya boleh dipulihkan. Seseorang yang mengalami masalah pembengkakan jantung, boleh dilegakan dalam satu atau dua sesi rawatan dengan memurnikan kawasan penyumbatan aura pada jantung, bahu dan lengan kiri. Penyembuhan penuh boleh dicapai dalam masa beberapa bulan. Dengan memurnikan dan memberi tenaga prana pada kawasan kepala, sakit kepala disebabkan migraine, misalnya boleh dilegakan dalam masa bebarapa minit.

Adalah penting juga untuk diketahui, penyakit biasanya bermula dari bioplasmic body dahulu, barulah di manifestasi pada jasad (fizikal). Kita boleh merasa kawasan aura dalaman yang berpenyakit (samada menipis atau menebal). Contohnya sebelum seseorang mengalami demam selsema, aura dalaman pada kawasan tekak dan paru-paru menjadi nipis dan boleh dilihat sebagai berwarna kelabu. Ujian fizikal atau penyiasatan X-ray misalnya, pada peringkat ini mungkin normal, tapi pesakit mesti dirawat dengan kaedah penyembuhan prana untuk mencegah manifestasi penyakit pada fizikal.

Penekanannya adalah pada PENCEGAHAN

Adalah lebih mudah merawat penyakit pada peringkat bioplasmic body, sebelum ia dimanifestasi pada fizikal (jasad). Penyembuhan prana mesti dibuat seawal mungkin, dan ini membantu proses penyembuhan yang lebih pantas.

..bersambung

25.2.10

Penyembuhan Prana Siri 3

Kita telah mengetahui bioplasmic body (roh), menembusi physical body (jasad) dan mengunjur keluar sepanjang 4-5 inci. Tenaga bercahaya yang mengikut bentuk jasad ini dipanggil AURA DALAMAN (inner aura).




A-aura dalaman dan luaran. B-jalur kesihatan (health rays)

Apabila bioplasmic body berpenyakit, ianya adalah disebabkan (sebahagian atau keseluruhannya) oleh kekurangan prana di organ/tempat tersebut (pranic depletion). Aura dalaman pada bahagian tersebut menipis sehingga 2 inci atau kurang. Contohnya seseorang yang mempunyai masalah rabun jauh (nearsightedness) biasanya mempunyai masalah kekurangan prana pada bahagian mata.

Anda boleh belajar untuk merasa aura dalaman dengan tapak tangan anda dalam dua hingga empat sesi latihan dengan mengikuti arahan-arahan dalam artikel seterusnya.

Teknik merasa aura dalaman dinamakan SCANNING

Penyakit boleh juga disebabkan berlebihan prana di kawasan tertentu organ (pranic congestion).

Kawasan terlibat mempunyai aura dalaman selebar hingga 7 inci atau lebih. Dalam kes-kes yang serius, ianya boleh melebar sehingga 2 kaki atau lebih. Contohnya seseorang yang mempunyai masalah kebengkakan jantung boleh dirasa aura dalamannya sehingga ke bahu dan lengan kiri.

Dalam masalah kekurangan atau kelebihan prana, meridian halus yang mengelilinginya (dipanggil juga bioplasmic channels) menjadi tersumbat. Ini bermakna tenaga prana tidak dapat mengalir bebas ke luar atau ke dalam kawasan berpenyakit tersebut. Kawasan ini biasanya kelihatan sebagai berwarna kelabu cerah-gelap. Jika kawasan tersebut beradang (inflammation), ia kelihatan sebagai kemerahan. Jika kanser, kelihatan kekuningan dan jika appendicitis, kelihatan kehijauan. (warna-warna ini boleh dilihat dengan Kirlian photography atau sesiapa yang mempunyai kebolehan 'clairvoyant')

Jalur-jalur bioplasma mengunjur secara menegak dari jasad. Jalur-jalur ini dikenali sebagai 'Jalur Kesihatan' (Health Rays) dan ianya saling menembusi aura dalaman. Kesemua jalar ini dipanggil Aura Kesihatan (Health Aura)

Aura kesihatan mengikuti bentuk jasad dan berfungsi sebagai medan perisai yang melindungi keseluruhan jasad dan roh dari kuman dan unsur penyakit dari sekitaran. Toksin, bahan buangan, kuman dan unsur bioplasma berpenyakit disingkir keluar melalui jalur-jalur kesihatan melalui pori-porinya.



Perhatikan bahagian kiri jalur kesihatan yang tidak tersusun rapi


Jika kesihatan seseorang terganggu, jalur kesihatan menjadi kendur dan tidak tersusun dengan rapi, menyebabkan keseluruhan jasad dan roh berpotensi dijangkiti. Kebolehan jalur kesihatan untuk menyingkirkan toksin, bahan buangan, kuman dan unsur bioplasma menjadi lemah. Penyembuhan dapat dipercepatkan dengan memperkuat dan menyusun kembali jalur-jalur kesihatan ini.

Di luar daripada jalur kesihatan ini pula, ada satu tenaga bercahaya dipanggil AURA LUARAN (outer aura). Ia saling menembusi aura dalaman dan jalur kesihatan dan biasanya mengunjur sehingga 3 kaki dari jasad. Ia biasanya mempunyai pelbagai warna dan berbentuk seperti telur terbalik. Warna-warna ini dipengaruhi oleh keadaan FIZIKAL, EMOSI dan MENTAL seseorang.

Adalah diperhatikan secara clairvoyant, sesetengah orang yang berpenyakit mempunyai LUBANG pada aura luaran mereka, menyebabkan prana boleh bocor. Oleh itu aura luaran bolehlah diibaratkan sebagai daya atau tenaga yang menghalang kebocoran prana, atau seperti bekas/botol yang menjadi tempat isian tenaga prana.

..bersambung

22.2.10

Penyembuhan Prana Siri 2


Bioplasmic Body (ROH)

Seperti yang diterangkan sebelum ini, setiap manusia (dan makhluk lain) dikelilingi dan ditembusi oleh tenaga bercahaya yang dipanggil bioplasmic body.Ini diistilahkan sebagai ROH dalam pemahaman biasa orang-orang Islam. Seperti juga jasad, ianya juga berupa seperti rupa jasad-mempunyai kepala, dua tangan, dua kaki dan sebagainya. Dengan itu ia juga dikenali sebagai etheric double atau etheric body.

Perkataan Bioplasmic berasal dari 'Bio' yang bermaksud kehidupan (life) dan Plasma yang bererti 'unsur yang ke-empat' (the fourth state of matter). Unsur yang pertama hingga ketiga ialah pepejal, cecair dan gas. Plasma ialah gas berion atau gas dengan cas positif atau negatif. Ini bukanlah sama dengan plasma darah yang biasa difahami. Bioplasmic body bermakna tenaga kehidupan (living energy) yang terdiri dari unsur halus yang tidak kelihatan atau dipanggil etheric matter. Sains, dengan kecanggihan teknologi Kirlian photography, telah menemukan bioplasmic body.

Dengan bantuan Kirlian photography, saintis telah berupaya untuk mengkaji, memerhati dan mengambil gambar bioplasmic body manusia, haiwan atau pokok. Melalui bioplasmic body inilah prana atau vital energy diserap dan dialirkan ke seluruh jasad.


Gambar diambil dengan Kirlian photography


Meridian atau Saluran (channel) bioplasmic

Seperti juga jasad yang mempunyai saluran-saluran darah yang mengalirkan darah, bioplasmic body juga mempunyai saluran-saluran yang tidak kelihatan, yang menjadi laluan Ki atau vital energy. Terdapat beberapa saluran utama dan beribu-ribu saluran kecil (minor). Dalam Yoga, saluran-saluran ini dikenali sebagai NADI(S).
Prana atau Ki Dalam Rawatan Acupuncture, Acupressure Dan Reflexology
Acupuncture adalah perubatan kuno China yang menggunakan jarum halus untuk membetulkan vital energy dalam tubuh pesakit, dengan itu merawat penyakit mereka. Ini dilakukan dengan mengalirkan prana atau ki berlebihan dari tempat lain jasad kepada tempat yang berpenyakit. Meridian yang tersumbat dibersihkan dan dibuka dengan mengarahkan prana atau ki ke tempat tersebut. Di dalam rawatan acupressure atau reflexology, prinsipnya adalah sama tetapi perawat mengalirkan prana mereka (samada sedar atau tidak) kepada pesakit. Prana dari perawat ini dialirkan ke titik acupressure yang kemudiannya mengalir melalui meridian seterusnya ke tempat berpenyakit. Ada juga pakar acupuncture, disamping menggunakan jarum halus, mengalirkan prana mereka kepada pesakit.


Apa yang boleh dilakukan dengan penyembuhan prana?


1) Boleh membantu ibu @ bapa menurunkan suhu badan anak mereka yang demam dalam masa beberapa jam dan menyembuhkannya dalam masa 1 atau 2 hari sahaja

2) Boleh mengurangkan sakit kepala, sakit gigi, sakit perut (angin) dan kesakitan otot, hampir serta merta, dalam kebanyakan kes

3) Batuk dan selsema boleh disembuhkan dalam masa 1 atau 2 hari. Cirit-birit boleh dsembuhkan dalam masa beberapa jam

4) Meningkatkan kadar penyembuhan (seperti luka) sehingga 3 kali atau lebih


Semuanya bergantung kepada perawat yang telah mencapai tahap kecekapan tertentu. Sesiapa sahaja boleh belajar tentang penyembuhan prana. Ianya lebih senang dari belajar bermain piano atau melukis. Seperti belajar memandu kereta, ianya memerlukan sedikit latihan, masa dan konsentrasi pada mulanya.


..bersambung

17.2.10

Penyembuhan Prana Siri 1


Salam semua.

Mulai hari ini, satu siri artikel mengenai Penyembuhan Prana akan disiarkan. Siri artikel ini merupakan terjemahan (dengan sedikit penyesuaian) dari buku Pranic Healing oleh Chua Kok Sui.Buku ini saya kira begitu klasik dan penting untuk dipelajari oleh sesiapa yang berminat dalam bidang Energy Medicine, termasuk pengamal Reiki, Yoga, Sufi Healing dan terutamanya pelajar dan sahabat yang mempelajari Pyra Quanta Touch. Mudah-mudahan kita semua mendapat manfaat dari ilmu yang dipelajari.-Dr. H

Artikel original boleh diases di sini:


Penyembuhan Prana

1) Apa itu Penyembuhan Prana?

Ianya berdasarkan struktur keseluruhan manusia yang terdiri dari dua bahagian iaitu JASAD (physical body) yang boleh dilihat dan ROH iaitu tenaga (energy) yang tidak boleh dilihat (bioplasmic body)

Jasad adalah bahagian yang selalunya kita lihat, sentuh, rasa dan sebagainya yang kita selalu maklum. Sementara roh pula ialah tenaga bercahaya yang tidak boleh dilihat yang menerangi keseluruhan jasad dan mengunjur keluar sepanjang 4-5 inci. Ada juga yang menggelar roh (bioplasmic body) sebagai etheric body atau etheric double.

Penyembuhan Prana adalah sains kuno dan seni penyembuhan yang mengguna-pakai Prana atau Ki atau Vital Energy untuk merawat dan menyembuhkan manusia secara holistik. Ianya juga dipanggil dengan pelbagai nama seperti Psychic Healing, Magnetic Healing, Faith Healing, 'seni penyembuhan dengan tangan' dan sebagainya.

Prana atau Ki

Prana atau Ki ialah Vital Energy atau Life Force yang memelihara dan menyihatkan kehidupan semua makhluk, termasuk manusia. Istilah Greek memanggilnya Pneuma, Mana (Polynesian), Ruah (Hebrew) dan Qudrah bagi ahli-ahli sufi. Walau apa pun istilahnya, ianya bermaksud 'nafas kehidupan' (breath of life)

Perawat mengalirkan Prana atau Vital Energy kepada pesakit, justeru menyembuhkannya. Cukup mudah! walaupun dalam banyak kes, hasilnya begitu menakjubkan!




Pada asasnya ada tiga sumber prana:-

1) Prana solar dari cahaya matahari. Ianya didapati dari pendedahan kepada cahaya matahari atau meminum minuman yang terdedah kepada cahaya matahari

2) Prana udara atau dipanggil air vitality globule. Prana udara diserap oleh paru-paru semasa bernafas dan juga secara terus melalui pusat tenaga yang dipanggil Cakra. Lebih banyak prana udara dapat diserap melalui pernafasan yang perlahan dan dalam, berbanding pernafasan yang laju dan cetek. Jenis prana ini juga boleh diserap melalui liang-liang pada kulit.

3) Prana tanah atau ground vitality globule. Ini dapat diserap melalui tapak kaki, samada secara sedar atau tidak. Berjalan dengan berkaki ayam dapat menyerap lebih banyak energy.Anda juga boleh belajar secara sedar untuk menarik prana dari tanah ini untuk mendapat lebih tenaga (vitality) dan kebolehan berfikir dengan lebih tajam.

AIR menyerap prana dari cahaya matahari, udara dan tanah. Tumbuh-tumbuhan menyerap prana dari cahaya matahari, air, udara dan tanah. Manusia dan haiwan pula menyerap prana dari cahaya matahari, air, udara, tanah dan makanan (makanan segar mengandungi lebih banyak prana dari makanan berproses).

Prana boleh dipindahkan kepada seseorang untuk penyembuhan. Orang yang mempunyai lebihan prana cenderung untuk membuatkan orang di sekeliling mereka berasa bertambah sihat. Sebaliknya mereka yang kekurangan prana cenderung untuk menarik prana mereka yang berada di sekelilingnya. Sebab itulah anda mungkin berjumpa dengan orang yang menyebabkan anda berasa keletihan dan tidak bermaya tanpa apa-apa sebab.

Banyak jenis pokok-pokok besar di sekeliling kita menghasilkan prana yang boleh diserap untuk kesihatan, melalui tapak tapak tangan.

Semasa cuaca buruk, ramai orang mendapat sakit, bukan hanya sebab perubahan cuaca, tetapi kerana kurangnya prana solar dan prana udara pada masa itu. Jadi ramai yang mengalami keletihan mental dan fizikal. Ini boleh diatasi dengan secara sedarnya, kita menyerap prana dari udara dan bumi.

..bersambung

10.2.10

Penawar Kanser Dari Ayat-Ayat Al-Quran



Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi PENAWAR dan RAHMAT bagi orang yang beriman..":QS Al-Israk:82

Mungkin ramai di luar sana yang telah didiagnosa menghidap KANSER, satu penyakit yang begitu menakutkan sesiapa sahaja.

Di Malaysia, penyakit kanser adalah satu dari 10 penyebab kematian.Dianggarkan terdapat 150 kes bagi setiap 100,000 penduduk Malaysia.Manakala dari segi bilangan kes baru yang dikesan dianggarkan dalam lingkungan 27,000 kes setahun.

Rasanya setiap orang tahu 'setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati'.Tahukah anda satu surah dari Al-Quran untuk menghancurkan sel-sel kanser?



Sebenarnya ini adalah ilmu yang saya ingin kongsikan melalui tulisan Saudara Raflis Sabirin (semoga Allah memberi ganjaran setimpal atas ilmu yang dikongsikan) yang diterbitkan dalam Majalah Milenia edisi Februari 2010.

Penulis telah berkongsi pengalaman beliau merawat kanser selama 27 tahun dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, terutama dari Surah al-Fil.



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَـبِ الْفِيلِ

أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِى تَضْلِيلٍ

وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْراً أَبَابِيلَ

تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ

فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولِ




Maksudnya:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? (1)

Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? (2)

Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan; (3)

Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras; (4)

Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat. (5)

Demikian mukjizat ayat-ayat suci Al-Quran.Jika diletakkan di sebuah gunung, nescaya gunung akan hancur lenyap kerana takut kepada Allah. Demikian juga jika diletakkan atas apa-apa penyakit, nescaya penyakit tersebut akan hancur dan lenyap.

Cara Pengamalan

Selepas solat lima waktu, bacalah Surah Fatihah sekali, diikuti Surah Al-Ikhlas (tiga kali), selawat ke atas Nabi (tiga kali) lalu teruskan membaca Surah al-Fil (21 kali)

Setiap kali baca Surah Al-Fil, hendaklah tiup dan hembuskan pada tempat penyakit kanser tersebut. Setiap kali menghembuskan nafas itu, hendaklah ingat maksud dalam hati, supaya Allah hancur lenyapkan penyakit kanser tersebut sebagaimana hancur dan lenyapnya pasukan tentera bergajah seperti dalam ayat terakhir Surah Al-Fil itu.

Lakukan 21 kali baca dan tiup selama 21 hari selepas solat lima waktu.

Dan sekiranya penyakit kanser itu berada dalam organ badan seperti di dalam usus, limpa, buah pinggang dan di dalam kepala, maka caranya seperti tersebut di atas itu juga. Cuma tambahannya hendaklah tarik nafas perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan amalan surah itu ke dalam tubuh badan, teruatamanya ke tempat kanser tersebut.Lakukan tarik nafas tersebut sehingga 21 kali juga selama 21 hari setiap lepas solat lima waktu.

Dr.H: Lakukan dengan penuh keyakinan dan sabar.Harus diingat, yang menyembuhkan ialah Allah Taala. Ayat Al-Quran tersebut hanya sebagai asbab atau wasilah untuk mencapai maksud.

7.2.10

Solat, Cakra dan Warna Alam

Salam semua.

Kali ni kita kaji sedikit mengenai hikmah solat dan kesihatan holistik.Ada rahsia dan sebab mengapa solat difardukan 5 kali sehari, mengikut waktu-waktu yang telah ditetapkan-subuh, zohor, asar, maghrib dan isya'.Mengikut kajian sains metafizik, ini ada kaitan dengan cakra dan warna-warna yang diwakili oleh cakra tersebut, yang ada kaitannya dengan warna-warna alam, pada setiap kali pertukaran waktu solat tersebut.

Apa itu cakra?

Cakra adalah pusat energy, berbentuk leper (disc).Terdapat 7 cakra utama.

1st Chakra: Base or Root Chakra
Located at the base of the spine.
function: Earth, survival, grounding, stillness
colour: red

2nd Chakra: Spleen
Located just beneath the navel, and related to our sexual and reproductive capacity.
Blockage manifests as emotional problems or sexual guilt.
colour: orange

3rd Chakra: Solar Plexis
Seat of Emotions. Gives us a sense of personal power in the world. Blockage manifests as anger or a sense of victimization.
colour: yellow

4th Chakra: Heart Chakra
Blockage can manifest as immune system or heart problems, or a lack of compassion.
colour: green

5th Chakra: Throat
Tied to creativity and communication. Feels pressure when you are not communicating your emotions properly.
colour: blue

6th Chakra: Third Eye
function:Clairvoyance, psychic abilities, imagination, dreaming
colour: indigo

7th Chakra : Crown
Connects you with message from higher realms.
function: spiritual connection, understanding, knowing, bliss, God
colour: purple

Bagaimana kaitan dengan solat dan warna alam?




Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar, rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu…). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita




Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya. Semua yg terdapat di alam ini adalah untuk manfaat segala makhluk2 nya.

3.2.10

Pyra Lady Massage di Kuantan 5-7 Feb 2010



Assalamualaikum semua.

Atas permintaan yang menggalakkan dari warga Kuantan dalam sesi Pyra Lady yang pertama baru-baru ini, pihak kami dengan ini sekali lagi menjemput Puan Asmah Sabir, Certified Pyracosmic Practitioner dan Pakar Kecantikan Dalaman untuk mengadakan sesi rawatan Pyra Lady Massage yang kedua, KHAS untuk warga Kuantan.

Rawatan akan dijalankan seperti berikut:

Venue: Hotel Citiview, Kuantan

Tarikh: 5-7 Februari 2010

Pakej yang ditawarkan:



1. Pyra Lady Body Massage-RM70 shj
-------------------------------------------------
-melancarkan darah seluruh tubuh
- menaikkan rahim dan peranakan yang kendur
- membetulkan tulang yang senget
- meningkatkan stamina/melegakan masalah pernafasan
- menghilangkan stress- menjadikan wanita lebih anggun dan bergaya

2. Pyra Vagina Massage & Steamer Herb-RM90 shj
-------------------------------------------------------------------
- mengeluarkan kotoran dari rahim- melancarkan perjalanan darah ke seluruh tubuh terutama di bahagian seks wanita.

3. Pyra Energy SPA (Mandian Bunga Aromaterapi)-RM40 shj
------------------------------------------------------------
- membantu meningkat kesegaran tubuh- meningkatkan semangat dan berfikiran positif
- membantu pembersihan tubuh dari unsur negatif

***FULL PACKAGE 1+2+3 = PERCUMA RAWATAN RESDUNG

Untuk booking rawatan @ sebarang pertanyaan, sila hubungi:

-Dr Hapizi-0179351516
-Pn Asmah-0162742961


-Pn Rohana-0196548553

1.2.10

Liputan Kursus PQT Asas 30-31 Jan 2010 di Kuantan


Salam semua

Alhamdulillah, Kursus Pyra Quanta Touch (Asas) telah selamat diadakan di Pusat Rawatan Ozon dan Alternatif Harmoni, Kuantan selama 2 hari suntuk dan berakhir semalam.

Para peserta telah didedahkan dengan aspek teori dan pengenalan, apa yang dikatakan Pyra Quanta Touch, disertai praktikal rawatan asas seperti meditasi, teknik merawat stress, migraine, sakit tulang belakang, darah tinggi, dan lain-lain.

Di akhir kursus, semua peserta yang datang memberi '2 thumbs up' kepada penceramah, Prof Dr Ahmad Lothfi Ibrahim di atas ilmu dan pengalaman beliau yang sangat berharga yang dicurahkan kepada kami.

Nampak peserta-peserta tak sabar-sabar lagi nak menyertai Advanced PQT yang akan di adakan di Kuantan tak lama lagi. Ada juga yang nak sambung ke peringkat diploma (nak jadi Certified Pyracosmic Healer)

Insya-Allah, hasil cadangan peserta, sebuah kelab akan ditubuhkan, iaitu sebagai medan untuk bertukar-tukar pendapat, merawat pesakit secara holistik dan memperkembangkan lagi ilmu Pyra Quanta Touch ke khalayak awam.

Saya mengalu-alukan para graduate PQT untuk menjadikan blog ini sebagai medan untuk berdiskusi dan menambahkan pengetahuan tentang aspek rawatan holistik (minda-jasad-rohani)

Semoga usaha kita mendapat keredhaan dan berkat serta rahmat Allah S.W.T

(Gambar akan diupload kemudian)

-Dr Hapizi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..