Salah satu masalah yang berlaku selepas proses penyembuhan prana ialah KETIDAKSTABILAN prana yang telah dialirkan kepada pesakit. Prana yang telah dialirkan pada pesakit, beransur-ansur 'bocor' dan berkurangan, menyebabkan penyakit yang asal, kembali semula. Masalah ini boleh dielakkan jika pemurnian (cleansing) dibuat bersungguh-sungguh, kemudian menstabilkan prana yang telah dialir kepada pesakit. Prana boleh distabilkan dengan 2 cara:
1) Selepas anda habis membuat pengisian tenaga, anda menamatkannya dengan imaginasi anda mengalirkan prana berwarna biru muda pada tempat yang dirawat
2) Anda boleh mengarahkan atau meniatkan supaya prana yang dialirkan kekal atau stabil di situ.
* Dalam Pengajian Pyracosmic, teknik menstabil atau menutup aura ialah dengan membayangkan satu kapsul warna hijau menutup keseluruhan jasad pesakit dan membacakan 2 ayat terakhir Surah Yasin (Ayat 82-83) iaitu:-
إِنَّمَآ أَمۡرُهُ ۥۤ إِذَآ أَرَادَ شَيۡـًٔا أَن يَقُولَ لَهُ ۥ كُن فَيَكُونُ (٨٢) فَسُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِى بِيَدِهِۦ مَلَكُوتُ كُلِّ شَىۡءٍ۬ وَإِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ (٨٣
Maksudnya:Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi. (82) Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. (83)
Anda boleh membuat eksperimen berikut untuk membuktikan kepada diri anda sendiri, kesahihan menggunakan teknik di atas untuk menstabilkan aura:-
1) Alirkan prana berwarna putih ke atas meja anda untuk selama 1 minit dan bentukkan ia menjadi satu bola tanpa mengarahkannya untuk kekal di situ. Ini ialah prana bola nombor 1.
2) Alirkan prana berwarna biru bersebelahannya untuk selama 1 minit dan bentukkan ia menjadi satu bola tanpa mengarahkannya untuk kekal di situ. Ini ialah prana bola nombor 2.
3) Alirkan prana berwarna putih untuk 1 minit dan bentukkan ia menjadi bola, bersebelahan dengan prana bola nombor 2. Arahkan (dengan minda) supaya ia KEKAL disitu.
4) Scan ketiga-tiga prana bola tersebut untuk memastikan ia telah terbentuk dengan sempurna.
5) Tunggu kira-kira 20 minit dan scan semula ketiga-tiga bola tersebut. Anda akan mendapati prana bola nombor 1 mungkin telah hilang atau telah menjadi sangat kecil, berbanding prana bola nombor 2 dan 3!
TEMPAT PEMBUANGAN BIOPLASMA BERPENYAKIT
Semasa membuat pemurnian (sweeping), unsur-unsur bioplasma berpenyakit yang keluar mestilah dibuang ke tempat yang sepatutnya. Jika tidak, ianya boleh mencemarkan anda sebagai perawat, atau pesakit-pesakit lain. Sebenarnya, unsur bioplasma berpenyakit, setelah dibuang/dimurnikan masih bersambung dengan bioplasmic body mereka, melalui 'benang bioplasma' (bioplasmic threads). Melainkan jika unsur bioplasma berpenyakit dibuang ke tempat sepatutnya, ada kemungkinan ianya akan menjangkiti pesakit semula.
Untuk membuat tempat pembuangan bioplasma berpenyakit, sediakan semangkuk air dan isikan sedikt garam ke dalamnya. Adalah diketahui, air boleh menyerap sebarang unsur bioplasma berpenyakit, dan garam boleh memusnahkannya.
Untuk peringkat yang lebih 'advanced', anda boleh membayangkan satu unggun api berdekatan anda dan segala unsur bioplasma penyakit yang dikeluarkan memasuki unggun api tersebut dan dimusnahkan.
..bersambung
No comments:
Post a Comment