"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


2.4.08

FAQ on Reiki



#Dipetik dari Master Hisham's blog (with permission)

Saya tidak minat menjadi perawat, kenapa perlu saya belajar Reiki?
Reiki bukan semestinya digunakan untuk merawat orang lain. Yang paling penting kita boleh menggunakannya untuk merawat diri dan ahli keluarga kita sendiri. Sekurang-kurangnya dapat menjimatkan kos rawatan kesihatan kita sekeluarga terutamanya untuk masalah-masalah kecil seperti demam, selsema, pening kepala, sakit perut, batuk, luka, ketidakselesaan akibat dari haid dan sebagainya. la juga boleh bertindak sebagai ‘First Aid Kit’ pada waktu kecemasan. Sekiranya kita sering menyalurkan tenaga Reiki kepada tubuh sendiri, sistem kekebalan tubuh akan meningkat seterusnya menyebabkan tubuh jarang diserang penyakit.

Adakah bakat penyembuhan diperlukan untuk mempelajari Reiki?
Tidak perlu. Menurut perawat dan ahli penyembuhan tenaga dalam yang terkenal Choa Kok Sui, “Semua orang boleh menjadi perawat sama ada mempunyai bakat atau tidak kerana penyembuhan tenaga dalam hanya menggunakan tenaga semulajadi yang dimiliki oleh semua manusia dan benda hidup.”

Saya pernah belajar teknik rawatan lain sebelum ini. Adakah saya dapat mempelajari Reiki?
Tentu boleh. Reiki terbuka kepada semua orang sama ada pernah mempelajari teknik rawatan lain ataupun belum.

Apakah Reiki tidak bertentangan dengan agama saya?
Tidak. Reiki bukan sebahagian daripada agama tertentu dan tidak bertentangan dengan agama apa pun. Dalam setiap rawatan, perawat Reiki dapat berdoa menurut kepercayaan dan agama masing-masing meminta bantuan untuk merawat pesakit.

Adakah sebarang pantang atau syarat khusus untuk belajar Reiki?
Tiada sebarang pantang cuma jangan gunakan ia untuk tujuan negatif

Apakah persiapan yang perlu saya lakukan sebelum mempelajari Reiki?
Anda tidak perlu melakukan persiapan apa pun. Semua pengetahuan yang diperlukan untuk Reiki akan diajar oleh master Reiki yang mengajar.

Apa yang perlu saya persiapkan untuk mengikuti kursus Reiki?
Tidak ada apa-apa. Hanya bawa diri anda bagaikan satu gelas yang kosong, baru senang untuk diisikan ilmu yang lain. Ilmu-Ilmu yang pernah dipelajari sebelum ini diletak / simpan ketepi dahulu.

Berapa lama waktu yang diperlukan untuk mempelajari Reiki?
Dalam Reiki Tradisi Kundalini Reiki, terdiri daripada 9 tingkatan iaitu Kundalini Reiki level 1,2,3, Kundalini Reiki Boosters Level 4,5,6,7,8 & 9. Dari level 1 ke level 2 dijarakkan 2 hari. Dari level 2 ke level 3 jarak 10 hari. Kundalini Reiki booster dijarakkan 5 hari setiap level. Ada juga yang memberi kesemua level sekaligus (seperti saya). Menurut saya tidak ada yang salah diantara kesemuanya, yang menunggu lama atau pun langsung mendapatkan tingkat master, mungkin itulah yang terbaik bagi orang tersebut.

Saya tidak merasakan apapun selama ‘attunement’ . Apakah ‘attunement’ pada diri saya berjalan dengan baik?
Attunement yang dilakukan pasti berjalan dengan baik selagi attunement itu diberikan oleh master Reiki yang berkelayakan. Anda mungkin tidak merasakan sensasi apa pun kerana anda kurang peka. Walaupun anda kurang peka, anda tetap mempunyai kemampuan untuk menyalurkan energi kepada diri sendiri dan orang lain. Lakukanlah latihan untuk membuat anda peka sebagaimana yang diajar oleh master Reiki anda.

Setelah berlatih selama seminggu, saya merasakan tangan saya menjadi panas. Apakah hal tersebut biasa saja?
Pada umumnya, pengamal Reiki boleh merasakan hawa panas. Setelah berlatih dengan rutin beberapa lama, anda akan merasakan hawa panas di sekeliling telapak tangan (bukan betul-betul di kulit tangan). Tetapi, setelah berlatih lebih lama lagi, hawa panas ini akan berkurangan. Anda janganlah cemas kerana penurunan hawa panas ini kerana getaran / frekuensi tenaga Reiki anda telah selaras denagn tubuh anda. Ibaratnya, jika anda sudah biasa minum kopi panas, lama-kelamaan anda sudah tidak merasa begitu panas lagi.

Setelah menerima attunement dan berlatih beberapa hari, saya merasakan gatal-gatal dan terkena cirit-birit. Mengapa demikian?
Ini adalah pembersihan oleh energi Reiki pada diri anda. Apabila gatal-gatal, biasanya anda mempunyai masalah alergi. Cirit-birit sendiri biasanya kerana adanya masalah pada pencernaan anda yang sedang dibersihkan.

Adakah energi Reiki boleh dirasai? Sensasi apakah yang biasa dirasakan saat penyaluran energi?
Saat menyalurkan energi, ahli Reiki atau perawat dapat merasakan adanya arus di tangannya.
Ahli Reiki merasakan kedua telapak tangan menjadi hangat atau penuh dengan getaran-getaran kecil. Kadang-kadang terasa ada suatu aliran energi hangat, dingin, terasa ditusuk-tusuk dengan jarum lembut, kebas-kebas atau kejutan elektrik ringan yang mengalir dari tangan perawat. Pesakit yang peka dapat merasakan berbagai sensasi atau rasa. Sensasi yang selalu dirasakan oleh pesakit adalah adanya hawa hangat yang keluar dari tangan perawat dan menyebar di tubuh pesakit (hawa hangat dari tangan seseorang yang tidak mempelajari Reiki biasanya tidak menyebar di dalam tubuh). Pesakit yang peka dapat merasakan getaran-getaran halus yang keluar dari tapak tangan perawat. Namun pesakit yang tidak peka tidak akan merasai apa-apa pun. Namun jangan khuatir tenaga Reiki tetap mengalir walaupun tidak dirasai.

Saya sudah beberapa bulan tidak menggunakan Reiki. Adakah saya masih dapat menyalurkan energi Reiki?
Ya dapat. Kemampuan seseorang untuk menyalurkan energi Reiki tidak pernah hilang kecuali digunakan untuk tujuan-tujuan negatif dengan sengaja.

Dapatkah seseorang menggunakan energi Reiki untuk tujuan negatif?
Tidak. Energi Reiki tidak dapat dipergunakan untuk sesuatu yang negatif. Seorang ahli Reiki yang ingin melakukan sesuatu yang negatif dengan Reiki akan menggunakan energi dari tubuhnya sendiri yang sangat terbatas dan sudah tentu menyebabkan perawat tersebut kehabisan energi. Tetapi energi Reiki yang bersifat murni dan tinggi tidak dapat diaplikasikan untuk hal-hal negatif.

Apa yang terjadi dengan ilmu-ilmu lain yang dimiliki oleh peserta setelah menerima attunement Reiki?
Semua ilmu sama seperti ilmu tenaga dalam, pernafasan, penyaluran energi dan ilmu minda akan menjadi semakin mantap dan berkembang kerana saluran energi yang digunakan adalah sama dengan attunement Reiki, saluran energinya menjadi lebih bersih. Begitu juga dengan ilmu hikmah dan spiritual anda. Tetapi ilmu-ilmu yang bersifat negatif biasanya akan keluar.

Saya mempunyai seorang anak perempuan yang baru berumur 8 tahun. Adakah anak tersebut boleh mempelajari Reiki?
Reiki tidak dibatasi oleh umur. Sudah tentu Reiki boleh dipelajari oleh seorang anak di bawah umur. Yang penting adalah menerangkan kepada anak tersebut manfaat Reiki dan untuk tidak membanggakan diri setelah mempelajari Reiki. Jika anak tersebut tidak tertarik, janganlah mendesaknya untuk mempelajari Reiki. Walaupun Reiki cukup mudah untuk dipelajari, Reiki adalah sesuatu yang amat berharga. Walaubagaimanapun, dalam tradisi Kundalini Reiki, kanak-kanak dibawah umur 8 tahun tidak digalakkan diberi attunement kerana khuwatir tidak dapat menerima perubahan mengejut.

Apakah saya boleh menyalurkan energi Reiki kepada seorang bayi yang baru lahir?
Boleh. Energi Reiki sangat lembut dan automatik. Energi Reiki tidak berbahaya bag! organ-organ tubuh yang lembut dan sangat sensitif seperti mata dan jantung.

Adakah Reiki selamat untuk digunakan untuk seorang wanita yang sedang hamil?
Ya. Malahan telah dilakukan penyelidikan oleh ahli perubatan di luar negeri bahawa dengan menyalurkan Reiki kepada ibu-ibu yang sedang hamil, ibu-ibu yang disalurkan Reiki itu lebih mudah melahirkan dan bayi-bayi mereka cenderung lebih cerdas.

Saya kenal seseorang yang mempunyai masalah kesihatan yang saya yakin dapat disembuhkan dengan Reiki. Tetapi, orang tersebut tidak percaya sama sekali dengan Reiki dan tidak mahu dirawatkan. Apakah saya boleh merawat orang tersebut tanpa pengetahuannya?
Memang, prinsip asas dari Reiki menggalakkan seorang ahli Reiki merawat pesakit dengan izinnya. Tetapi, saya sendiri berpendapat bahawa apabila niat tersebut adalah baik, tidak ada salahnya anda mengirim energi kepada orang tersebut. Kita sebagai perawat hanyalah perantara dari penyaluran energi. Semasa melakukan perawatan anggaplah kita mendoakan kesembuhan bagi orang tersebut. Penyembuhan itu sendiri berasal dari Tuhan dan kita hanyalah seseorang yang memintakan kesembuhan bagi salah seorang saudara kita.

Jadi pesakit tidak semestinya percaya dan yakin kepada Reiki untuk memperolehi manfaatnya?
Tidak perlu percaya. Reiki membantu pesakit sama ada dia percaya kepadanya ataupun tidak. Reiki membantu bayi, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan juga orang yang tidak sedar. Di sini jelas persoalan percaya atau yakin tidak timbul. Dengan perkataan lain, terapi Reiki bukanlah rawatan berasaskan kepercayaan (Faith-Healing), saranan diri (auto-suggestion) atau terapi placebo. Cuma ada satu perkara yang harus difahami, walaupun seseorang itu tidak percaya kepada Reiki, dia harus berfikiran terbuka atau bersedia untuk menerima apa jua keputusan rawatan ini sama ada positif atau negatif.

Saya sering merawat orang dan memperolehi hasil yang baik. Tetapi, kenapa untuk masalah mudah seperti selsema terkadang Reiki kurang berkesan?
Reiki adalah energi yang cerdas. Apabila seseorang pesakit memang sudah cukup istirehat tetapi masih terkena selsema maka diharapkan pesakit tersebut dapat sembuh setelah disalurkan energi Reiki. Tetapi, apabila orang tersebut terkena selsema kerana kurang rehat, biasanya pesakit tersebut harus istirehat. Penyaluran Reiki saja tidak akan menyembuhkan pesakit anda. Hal ini sebenarnya baik kerana jika pesakit yang sakit kerana kurang istirehat jadi sembuh bila disaluri Reiki, maka pesakit tersebut akan cenderung untuk tidak mempedulikan istirehatnya. Apabila sakit kali kedua, ketiga dan seterusnya, ia terus menerus disaluri Reiki dan ia sembuh lagi hingga akhirnya batas daya tahan tubuhnya sudah habis maka ia akan mendapat masalah yang lebih parah lagi.

Mengapa pesakit yang diberi ubat bius dan disaluri Reiki biasanya cenderung sedar lebih cepat?
Bagi Reiki, ubat bius dianggap sesuatu yang tidak seharusnya berada di dalam tubuh sehingga energi Reiki mendorongnya keluar dari tubuh. Oleh sebab itu, apabila seorang pesakit dibedah dan memang seharusnya dibius untuk waktu yang cukup panjang, sebaiknya anda menyalurkan Reiki setelah pesakit tersebut tersedar.

Mengapa penyembuhan Reiki tidak menyebabkan ‘over-dose’?
Kerana energi Reiki adalah energi yang cerdas, ia akan berhenti mengalir dengan sendirinya apabila bahagian tubuh yang disalurkan energi sudah memperolehi energi yang mencukupi.


Adakah Reiki dapat menyembuhkan masalah kesihatan yang disebabkan oleh kuman atau bakteria?
Tentu saja dapat. Reiki bermanfaat untuk bermacam-macam masalah. Namun begitu masalah kesihatan yang disebabkan kuman atau bacteria mengambil masa yang agak lama untuk sembuh kerana prinsip dasar reiki ialah tidak boleh membunuh hidupan (kuman & bakteria ialah sejenis hidupan hidup). Tetapi reiki membantu menggalakkan sistem imun badan melawan kuman & bacteria tersebut.

Apakah ada manfaatnya untuk menyalurkan Reiki ke dalam ubat-ubatan yang akan diminum oleh pesakit?
Ya. Dari berbagai pengamatan, didapati bahawa ubat-ubatan, pil, vitamin, losyen dan balsam yang telah disalurkan energi Reiki bertambah khasiatnya seterusnya memberikan hasil yang lebih baik.

Adakah rawatan Reiki mengandungi kesan sampingan?
Kebanyakan orang akan merasa rileks dan tenang selepas rawatan Reiki. Walaubagaimanapun, kadang-kadang seseorang akan mengalami ‘krisis penyembuhan’. Getaran energi akan meningkat, toksin yang tersimpan di dalam badan akan dibebaskan ke dalam aliran darah, ditapis oleh hati dan buah pinggang kemudian dibuang daripada badan. Jika krisis penyembuhan ini berlaku, kadang-kadang seseorang itu akan mendapat sakit kepala. sakit perut atau tubuh merasa lesu. Apabila keadaan ini berlaku, anda dinasihatkan banyak minum air, jangan makan makanan berat berlebihan dan dapatkan rehat secukupnya. Ini semua adalah petanda yang baik kerana tubuh anda sedang dibersihkan, pembersihan ini adalah sebahagian daripada proses penyembuhan.

Saya adalah pengamal Reiki. Setiap kali menyalurkan energi, saya merasa sangat tenang dan nyaman yang terkadang rasanya lebih enak berbanding semasa saya melakukan meditasi. Saya ada mendengar pendapat bahawa perasaan ini adalah disebabkan oleh berkurangannya oksigen dalam otak. Adakah hal ini benar?
Kami sering menyatakan bahawa kadang-kadang Reiki dapat membawa seseorang ke dalam tahap theta iaitu tahap ketenangan yang dalam. Padahal ramai orang sudah lama melakukan meditasi sukar untuk mencapai tahap alpha iaitu tahap yang lebih rendah daripada tahap theta. Hal ini bukan sama sekali disebabkan oleh kurangnya oksigen dalam otak!Penerangannya adalah mudah. Semasa seseorang menyalurkan energi dengan betul, energi Reiki yang memiliki getaran tinggi masuk melalui Cakra Mahkota yang terletak di kepala terus mengaktifkan kalenjar pineal sehingga menimbulkan berbagai sensasi atau ‘rasa’ termasuk ketenangan yang mendalam.

Adakah penyembuhan diri sendiri boleh dilakukan sambil berbaring?
Ya. Selagi anda relaks dan tulang belakang anda cukup lurus (tidak semestinya dalam keadaan berdiri) maka anda dapat melakukan penyembuhan diri sendiri atau self-healing.

Adakah terdapat bukti saintifik mengenai kewujudan dan keberkesanan tenaga Reiki?
Ya, terdapat bukti bahawa Reiki benar-benar wujud dan bekerja. la telah dibuktikan sejak beberapa tahun dahulu secara ilmiah. Kajian secara saintifik ini dilakukan dengan menggunakan Fotografi Kirlian yang telah diakui secara ilmiah. Alat utama dari fotografi Kirlian adalah plat khas yang dialiri arus elektrik bervoltan sangat tinggi dari koil Tesla yang ditempel pada bahagian tubuh atau benda yang akan diambil fotonya (sehingga saat ini Foto Kirlian belum dapat mengambil gambar untuk seluruh tubuh). Dengan cara ini foto energi Reiki dapat diambil dan kita dapat melihat dengan jelas energi tersebut.Di samping itu banyak buku, tesis, jurnal dan kertas kerja yang menerangkan bukti-bukti menerusi kajian saintifik mengenai Reiki dan sistem rawatan secara meletakkan tangan yang lain. Misalnya buku menerangkan lebih daripada 200 kajian saintifik berkenaan penyembuhan secara spiritual, di mana buku itu ditulis oleh Daniel Benor M.D bertajuk “Spiritual Healing, Does It Work, Research Says Yes” diterbitkan oleh Vision Publications menunjukkan keputusan yang positif. Penyembuhan dengan meletakkan tangan juga disahkan menerusi kajian yang dilakukan di St. Vincent’s Medical Center di New York oleh Janet Quinn, Penolong Pengarah bahagian kejururawatan di University of South Carolina. Begitu juga kertas kerja yang ditulis oleh Wendy Wetzel, “Reiki Healing.: A Physiologic Perspective.”

Kalau begitu, terdapatkah mana-mana hospital yang mengiktiraf dan menggunakan sistem Reiki di hospital mereka?
Di Negara Malaysia belum ada, tetapi sudah terdapat banyak hospital dan klinik di negara Barat khususnya Amerika Syarikat yang mengiktiraf Reiki dan menggunakan rawatan Reiki di hospital mereka. Antara hospital yang menggunakan Reiki ialah Portsmouth Regional Hospital, The California Pacific Medical Center, University of Michigan Medical School, The Tucson Medical Center, Grass Lake Medical Center, Foote Hospital di Jackson dan Michigan, New England Hospital dan kebanyakan cawangannya, Columbia Presbyterian Center di New York dan banyak lagi.

Berapa ramaikah pengamal Reiki di seluruh dunia sehingga sekarang?
Kami tiada data yang tepat mengenainya, namun adalah dianggarkan terdapat sekitar 3 juta orang menjadi pengamal Reiki di seluruh dunia.

Apakah penyakit yang dapat disembuhkan oleh Reiki?
Melalui pengalaman ahli Reiki di seluruh dunia, Reiki didapati membantu merawat atau sekurang-kurangnya menolong meringankan pelbagai jenis penyakit termasuk yang tidak dapat ditolong lagi oleh sistem perubatan lain kerana ia merawat penyakit secara keseluruhan sama ada pada peringkat fizikal, emosional, mental dan spiritual. Reiki mempunyai kesan positif terhadap pelbagai bentuk penyakit dan situasi negatif. Ini termasuk perkara-perkara kecil seperti sakit kepala, sakit perut, sengatan lebah, selsema, ketegangan dan kebimbangan dan begitu juga dengan penyakit-penyakit yang serius seperti penyakit jantung, buah pinggang, ketumbuhan dan sebagainya.Kesan sampingan rawatan sistem perubatan moden juga dikurangkan atau dihapuskan. Ini termasuk kesan negatif daripada chemotherapy, kesakitan selepas pembedahan dan kemurungan. la juga mempercepatkan kesembuhan dan mengurangkan masa yang diperlukan untuk tinggal di hospital. Melalui beberapa ujian klinikal yang dilakukan sebelum dan selepas rawatan dengan Reiki, ia didapati membantu menyempurnakan penyembuhan seseorang.Walaupun kadang-kadang seseorang mengalami kesembuhan yang dianggap luar biasa tetapi kejayaannya tidak boleh dijamin. Anda perlu ingat bahawa Reiki bukan bermaksud untuk menggantikan sistem perubatan moden. la adalah pelengkap kepada sistem perubatan yang sedia ada.

Kalau begitu, saya tidak boleh beri jaminan kejayaan rawatan ini kepada pesakit saya?
Tidak boleh sama sekali. Doktor pakar di hospital swasta yang mengenakan bayaran yang tinggi kepada pesakitnya pun tidak memberi jaminan kejayaan rawatan mereka. Jadi kenapa perawat Reiki mahu melakukannya? Perawat Reiki cuma penyalur tenaga Reiki bukan penyembuh sebenarnya.

Saya merasa ragu-ragu dan kurang yakin bahawa Reiki dapat digunakan untuk merawat orang dari jarak jauh?
Anda cuba ingatkan peristiwa apabila seorang ibu di kampung mendoakan kesembuhan anaknya di kota yang sedang sakit. Itu adalah satu contoh mudah mengenai rawatan dari jarak jauh. Energi dari doa menuju kepada pesakit secara jarak jauh. Dari satu sudut, cara kerja Reiki hampir sama dengan doa.Reiki berfungsi pada dimensi atau alam ‘tenaga’ yang tidak mengenai batasan jarak dan masa. Oleh itu rawatan secara jarak jauh mampu dilakukan melalui Reiki.

Adakah bukti-bukti sains menunjukkan bahawa rawatan boleh dilakukan dari jarak jauh?
Sebenarnya sudah banyak eksperimen yang dilakukan oleh ahli sains dan psikologi yang membuktikan rawatan dari jarak jauh (distant healing) dapat dilakukan. Mereka telah menulis di dalam pelbagai kertas kerja, jurnal, tesis, buku dan sebagainya mengenai perkara ini, antaranya:

  • An Investigation of the Effect of Therapeutic Touch Without Physical Contact on State Anxiety of Hospitalized Cardiovascular Patients. Tesis Ph.D oleh Quinn.

  • Study of Remote Mental Healing. Kertas penyelidikan International Parascience Institute: Toronto and London Conference 1981

  • Study of the Effectiveness of Remote Mental Healing. Kertas penyelidikan oleh Miller, R. N dalam Imagery and Healing. Tesis M.A oleh Achterberg,

  • Distant Mental Influence. Buku oleh William Braud, Ph.D. Diterbitkan oleh Hampton Roads Publishing Company, Inc. Edisi pertama: 2003
Saya diberitahu bahawa energi Reiki untuk bermacam-macam kegunaan selain dari perubatan. Apakah kegunaan Reiki yang lain?
Tidak ramai yang tahu bahawa Reiki boleh digunakan untuk berbagai tujuan selain dari perubatan. Antara manfaat Reiki adalah membantu mengatasi masalah hidup, mengesan barang atau orang yang hilang, meningkatkan prestasi belajar dan kerja, meningkatkan kerohanian dan semangat hidup, perlindungan ahli keluarga dan harta benda, memperbaiki hubungan dengan orang lain, penyuburan tanaman, menghilangkan sikap negatif, trauma dan ketakutan, gerak hati yang tajam dan menolong merealisasikan keinginan.

further reading:





Essential Reiki: A Complete Guide to an Ancient Healing Art by Diane Stein



The Reiki Touch: complete home learning system by William Lee Rand


Reiki The Ultimate Guide Learn Sacred Symbols & Attunemen... by Steve Murray



The Original Reiki Handbook by Mikao Usui

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..