"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


14.4.08

Afirmasi & Visualisasi

Semasa bermeditasi dan ketika anda berada pada gelombang alpha, anda akan menggunakan 2 teknik diatas untuk mencapai segala apa yg anda inginkan-misalnya penyembuhan dari penyakit, iaitu fokus kita ketika ini..

Apakah dia afirmasi (affirmation)?

Afirmasi ialah pernyataan positif yang diulang-ulang semasa anda berada pada tahap alpha meditasi. afirmasi selalunya dibuat seolah2 gambaran itu sedang berlaku (present tense).
semasa dilakukan pada tahap alpha, afirmasi adalah beratus kali lebih berkesan, berbanding jika dilakukan pada tahap beta.

kenapa?

-kerana semasa anda mencapai tahap alpha, minda separa sedar anda berhubung secara terus dgn minda sedar. apa-apa yang anda arahkan/inginkan, minda separa sedar cuma akan menuruti dan melaksanakannya.

Cth:

-saya semakin sihat dan sihat setiap hari dan saya bebas dari penyakit migraine saya.

-saya semakin slim dan semakin cantik setiap hari

-saya bebas dari stress dan menjadi pekerja yg hebat.

Perhatikan!

1-afirmasi mesti dibuat dlm 'present tense' bukan 'past' atau 'future tense'. minda separa sedar tidak boleh membezakan past/present atau future tense. cthnya jika afirmasi anda 'saya mahu sembuh dari migraine'. ini difahami oleh minda separa sedar bahawa anda cuma MAHU sembuh (keinginan anda sahaja) tetapi bukan sembuh dari penyakit tersebut. afirmasi anda sepatutnya 'saya bebas dan sembuh sepenuhnya dari migraine pada hari ini'

2-anda mesti percaya matlamat yg anda ingin capai berada dalam jangkauan anda.

-jika anda membuat afirmasi berulang kali tetapi anda tidak yakin boleh mencapainya, ini akan merencat proses afirmasi tersebut

3-afirmasi mesti dibuat dgn pernyataan positif

-jika anda ingin mengurangkan berat badan dan afirmasi anda 'saya tidak gemuk', maka gambaran yang bermain di fikiran anda pada ketika itu adalah negatif iaitu anda dalam keadaan kegemukan. sebaliknya tukarkan pernyataan afirmasi anda kpd ' saya kurus dan sihat'. bezakan dua kesan dari pernyataan ini.





Visualisasi Kreatif.

Teknik ini jauh lebih berkesan dari cuma afirmasi. visualisasi (gambaran) bermaksud anda menggambarkan keputusan akhir matlamat atau keinginan anda itu semasa berada pada tahap minda alpha.

sama spt afirmasi, visualisasi mesti dilakukan secara 'present tense'.

katakan tujuan anda meditasi ialah untuk mengurangkan berat badan-rasakan kegembiraan anda dan gambarkan bahawa anda telah kurus, cantik dan riang. gambarkan! bukan menggambarkan anda MAHU kurus (future tense)

untuk membuat visualisasi dgn berkesan, Silva mencadangkan anda membayangkan satu screen yang besar dihadapan anda (spt panggung wayang). ia mesti berada di hadapan anda, lebih kurang 6 kaki di hadapan dan berada ke atas sedikit (lbh kurang 20 darjah) dari paras mata anda.

Bila anda ingin melakukan visualisasi, projekkan imej anda ke screen tersebut.

-Jika anda mahu bebas dari migraine-bayangkan kegembiraan anda bebas dari penyakit tersebut-tiada lagi ubat-ubatan yg perlu dimakan dan anda hidup bebas dan ceria. rasakan dgn emosi kegembiraan itu.!

Tips untuk visualisasi lebih berkesan

-buatkan imej anda seberapa realistik yg mungkin.lihat imej dgn 3 dimensi.bayangkan pergerakan, lihatlah dgn warna dan bentuk

-rasakan emosi yg dikaitkan dgn imej itu.gambaran yg tidak beremosi tidak bertenaga dan hidup. 'associate'kan imej anda dgn emosi yg gembira, ceria dan happy2.

-hubungkan dgn deria-deria lain. cuba 'rasa' hembusan angin yg bertiup ketika anda bervisualisasi itu. bayangkan anda boleh 'bau' visualisasi anda.

OK. praktis! praktis! praktis!




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..