
Dalam artikel-artikel sebelum ni, saya telah menulis ttg minda, minda separa sedar,meditasi, aura, reiki dan sebagainya. (kalau nak tau, sila klik pada archive atau categories)

Hasil dari kajian saya yang betahun-tahun, konsep rawatan holistik yang saya ketengahkan ini diyakini akan membawa hasil yang lebih bermanafaat untuk pesakit, dan dunia perubatan umumnya..insyaAllah.

ada makna yang mendalam disini. menurut sahabat yg juga guru reiki saya, Master Hisham, bentuk segitiga/piramid memancarkan energi. Cubalah latihan ini pada segitiga di bhgian kanan atas page ini.
Ok kita kembali kpd kaedah rawatan holistik dgn menumpukan pada terapi minda.
cuba lihat pd segitiga di sebelah. bayangkan di bhgian puncak segitiga itu adalah minda.di bahagian bucu kiri adalah fizikal dan bahagian bucu kanan adalah aura.

Itulah yang saya maksudkan dengan terapi minda dimana saya akan memprogramkan minda pesakit supaya diset untuk yakin bahawa dia boleh baik dari penyakitnya. dengan itu minda separa sedarnya akan bekerja (tanpa disedari) dan mencari jalan untuk memulihkan kembali penyakitnya.tiada apa yang mustahi. bukankah anda pernah mendengar satu hadis-
" Tiada penyakit yang tidak boleh diubati kecuali penyakit tua dan maut" .
minda adalah suatu anugerah Ilahi yang tak ternilai harganya. jika kita tahu mengoptimakan keupayaan minda, insyaAllah banyak keajaiban boleh tercipta termasuk penyembuhan penyakit2 kronik.
setakat ini dulu. jumpa di artikel seterusnya
No comments:
Post a Comment