Ini merupakan teknik pemurnian/pembersihan prana. Ianya juga digunakan untuk menyebarkan prana yang berlebihan dari satu kawasan ke kawasan yang lain badan.Jika dilakukan pada keseluruhan bioplasmic body, ia dinamakan penyapuan keseluruhan (general sweeping) dan jika untuk kawasan/organ tertentu-penyapuan setempat.
Teknik penyapuan menggunakan tangan. Terdapat 2 posisi tangan yang digunakan iaitu posisi tangan berbentuk mangkuk (cupped-hand position) dan posisi tangan dengan jari direnggangkan (spread-finger position).
Posisi tangan berbentuk mangkuk digunakan untuk membersihkan unsur bioplasma (aura berpenyakit) manakala teknik posisi jari direnggangkan untuk menyusun/menyikat jalur kesihatan (health rays) .
Kepentingan teknik penyapuan:
1) Ia membersihkan unsur bioplasma berpenyakit dan terkumpul (congested). Meridian yang tersumbat dibersih dan dibuka. Ini penting supaya prana dari bahagian badan lain boleh mengalir ke situ dan menolong proses penyembuhan.
2) Penyingkiran toksin, bahan buangan, kuman dan unsur bioplasma kotor dipermudahkan bila jalur kesihatan disusun semula dan diperkuatkan. Jalur kesihatan kemudian diperkuatkan lagi selepas pengisian tenaga.
3) Dengan menyusun dan memperkuatkan jalur kesihatan, aura kesihatan yang bertindak sebagai 'perisai' badan menjadi normal semula. Ini meningkatkan kebolehan seseorang melawan sebarang jangkitan.
4) Penyapuan, secara automatik, menutup kebocoran pada aura luaran. Ini menghalang pengaliran keluar prana, selepas pengisian tenaga dilakukan.Inilah sebabnya, pesakit yang dirawat, selepas beberapa ketika, kembali sakit. Ini kerana kebocoran aura luaran tidak ditutup!
5) Penyerapan prana dipermudahkan selepas membuat penyapuan atau pemurnian
6) Penyapuan digunakan untuk menyebarkan tenaga dari kawasan sekitar badan atau dari cakra, ke kawasan yang kurang prana-nya.
7) Reaksi radikal dapat dikurang atau dielakkan dengan membuat penyapuan ke serata kawasan badan pesakit.
PENYAPUAN ADALAH SATU TEKNIK PENYEMBUHAN PRANA YANG SANGAT PENTING DAN SENANG DIPELAJARI. IA MEMBERSIH, MEMPERKUAT DAN MEMBANTU PROSES PENYEMBUHAN. BANYAK JENIS PENYAKIT BOLEH SEMBUH DENGAN HANYA MEMBUAT TEKNIK PENYAPUAN.
LATIHAN PENYAPUAN MENYELURUH
Penyapuan menyeluruh dilakukan dengan pergerakan penyapuan ke bawah sahaja. Anda mula membuat sapuan dari kepala hingga ke kaki. Penyapuan ke atas (dari kaki ke kepala) tidak digunakan untuk membuat pemurnian, sebaliknya ianya digunakan untuk menyedarkan pesakit yang telah tertidur atau yang agak 'mamai'.
1) Bentukkan tangan anda seperti mangkuk dan letakkan 6 inci di atas kepala pesakit. Anda tidak perlu menyentuh pesakit. Jarakkan tangan anda dan pesakit lebih kurang 2 inci.
2) Dengan tangan yang masih berbentuk mangkuk, anda mula membuat sapuan ke bawah dengan agak laju (seolah anda mahu membuang satu objek dengan jauh) mengikut garisan nombor 1 seperti dalam rajah. Ini penting supaya pesakit tidak dicemari semula dengan unsur bioplasma berpenyakit yang telah dibuang.-Juga supaya ia tidak mencemarkan anda sebagai perawat.
3) Ulang langkah 2) di atas, kali ini dengan jari-jari tangan anda agak direnggangkan.Ini untuk menyusun dan menguatkan jalur-jalur kesihatan (health rays)
4) Ulang langkah 2) dan 3) terhadap garisan 2,3,4 dan 5 seperti dalam rajah.
5) Lakukan penyapuan ke bawah pada bahagian belakang pesakit dengan mengikut prosedur nombor 2), 3) dan 4).
6) Adalah sangat penting untuk membuat tumpuan minda dan konsentrasi untuk menyingkirkan unsur bioplasma berpenyakit dari pesakit. Tanpa tumpuan dan konsentrasi, proses penyapuan menjadi kurang berkesan dan lebih memakan masa. Dengan niat dan kemahuan tinggi, unsur bioplasma berpenyakit lebih senang disingkirkan. Dengan latihan berterusan, anda boleh membuat penyapuan/pemurnian dengan senang dan cepat.
7) Selepas membuat penyapuan ke bawah, setengah penyakit menjadi agak 'mamai'. Dalam keadaan ini, anda boleh membuat sapuan ke atas untuk menyedarkan sedikit pesakit. Ingat-ianya bukan teknik pemurnian dan anda hanya boleh membuat sapuan ke atas, hanya selepas pemurnian (sapuan ke bawah dilakukan)-jika tidak, unsur berpenyakit boleh naik ke kepala dan boleh mendatangkan penyakit kepada pesakit.
LATIHAN PENYAPUAN SETEMPAT
1) Letakkan tangan anda di atas kawasan yang bermasalah dan lakukan sapuan ke luar dan ke bawah. Ini seperti anda ingin membersihkan objek kotor dengan tangan anda.
2) Balik-balikkan tangan anda dengan pantas dengan niat untuk membuang unsur bioplasma berpenyakit tersebut
3) Penyapuan setempat boleh dilakukan dalam pelbagai arah-menegak, mendatar, bentuk L dan sebagainya.
Kadangkala, semasa membuat penyapuan, unsur bioplasma penyakit berpindah dari satu kawasan ke kawasan lain. Contohnya semasa membuat sapuan di bahagian belakang kepala, unsur tersebut mungkin boleh berpindah ke bahagian leher atau bahu menyebabkan kesakitan dari kepala berpindah ke situ. Dalam kes seperti ini, anda kena membuat penyapuan setempat pada kawasan leher atau bahu itu pula.
Anda mungkin bertanya berapa kali kena buat penyapuan menyeluruh dan setempat? Jawapannya sebanyak mungkin yang diperlukan. Biasanya saya membuat satu atau dua kali penyapuan menyeluruh diikuti dengan empat hingga lima kali penyapuan setempat.
...bersambung
No comments:
Post a Comment