Ada dua cakra yang sangat penting terdapat pada tengah-tengah tapak tangan (rujuk gambar di atas). Ini dinamakan cakra tangan kanan dan cakra tangan kiri. Saiz diameternya adalah kira-kira 1 inci. Bagaimanapun ada penyembuh prana yang mempunyai diameter sehingga 2 inci. Cakra tangan diklasifikasi sebagai cakra minor, tetapi ianya mempunyai fungsi yang begitu penting dalam penyembuhan prana.
Melalui cakra tangan, prana diserap dari sekitaran dan dialirkan ke pesakit.
Kedua-dua cakra tangan kanan dan kiri berupaya untuk menyerap dan mengalirkan prana atau ki, tetapi bagi yang penganan (right-handed), adalah lebih mudah menyerap prana dari tangan kiri dan mengalirkannya melalui tangan kanan dan begitulah sebaliknya bagi yang pengiri (left-handed)
Terdapat juga cakra mini pada setiap jari. Cakra-cakra ini juga berupaya untuk menyerap dan mengalirkan prana. Cakra tangan mengalirkan prana yang lebih lembut dan lemah, manakala cakra jari mengalirkan prana yang lebih keras dan kuat. Untuk bayi dan orang-orang tua dan pesakit yang lemah, dinasihatkan untuk mengalirkan tenaga kepada mereka secara perlahan-lahan dan lembut, menggunakan cakra tangan.
Dengan merangsang dan mengaktifkan cakra tangan, tangan akan menjadi sensitif dan membolehkan anda merasa tenaga-tenaga halus dan membuat scanning pelbagai jenis aura. Melalui scanning, anda berupaya mengenalpasti kawasan-kawasan berpenyakit pada bioplasmic body sebelum merawatnya.
5 TEKNIK ASAS
Ada 5 teknik asas yang perlu anda belajar untuk menguasai teknik penyembuhan prana:
1) Mensensitifkan tangan
2) Scanning aura dalaman
3) Pemurnian dan pembersihan (keseluruhan dan setempat)
4) Mengalirkan tenaga (energizing) dengan prana (Teknik Cakra Tangan) untuk menarik dan mengalirkan prana
5) Menstabilkan prana yang telah dialirkan
Kesemua teknik ini telah diuji berkesan terhadap ramai pesakit. Kebanyakan dari anda berupaya untuk menguasainya selepas membuat beberapa latihan sahaja dengan syarat betul-betul mengikut arahan-arahan yang diberi. Adalah sangat penting untuk mempunyai MINDA yang terbuka dan sedikit kesabaran! Buatlah terus latihan-latihan ini dan cubalah teknik-tekniknya untuk sekurang-kurangnya empat sesi.
Kesemua teknik ini telah diuji berkesan terhadap ramai pesakit. Kebanyakan dari anda berupaya untuk menguasainya selepas membuat beberapa latihan sahaja dengan syarat betul-betul mengikut arahan-arahan yang diberi. Adalah sangat penting untuk mempunyai MINDA yang terbuka dan sedikit kesabaran! Buatlah terus latihan-latihan ini dan cubalah teknik-tekniknya untuk sekurang-kurangnya empat sesi.
LATIHAN MENSENSITIFKAN TANGAN
1) Letakkan tapak tangan anda secara berhadapan, dengan jarak kira-kira 3 inci (seperti gambar di atas).Bertenang sahaja..rileks..
2) Tumpukan konsentrasi dan rasakan (dengan minda) pada tengah-tengah tapak tangan, dan kemudian keseluruhan tangan, selama 5-10 minit. Pada masa yang sama, bernafaslah perlahan-lahan, secara berirama. Anda boleh menambahkan konsentrasi dengan menekan ibu jari pada tengah tapak tangan sebelum bermula. Adalah melalui tumpuan konsentrasi pada tapak tangan, cakra tangan boleh diaktifkan seterusnya anda mempunyai kebolehan merasa tenaga-tenaga halus (membuat scanning). 80-90% dari anda akan berupaya untuk merasai sensasi seperti semut-semut, kepanasan, tekanan atau denyutan pada tapak tangan, pada cubaan pertama latihan ini.
3) Buatlah latihan ini untuk sekurang-kurangnya dua minggu dan tangan anda akan menjadi sensitif untuk membuat scanning
4) Jangan merasa kecewa jika anda tidak boleh merasa apa-apa pada cubaan pertama. Teruskan berlatih, dan anda biasanya berupaya untuk merasainya pada sesi ketiga atau keempat. Adalah sangat penting untuk mempunyai minda terbuka dan tumpuan sepenuhnya semasa latihan.
Pada yang sudah boleh merasa tenaga halus ini, anda boleh mula berlatih membuat scanning (akan diterangkan dalam siri seterusnya)
..bersambung
No comments:
Post a Comment