CAKRA @ PUSAT TENAGA
Cakra atau pusat tenaga berpusar adalah bahagian yang sangat penting kepada bioplasmic body. Seperti juga jasad fizikal yang mempunyai organ major dan minor, bioplasmic body juga mempunyai cakra major, minor dan mini.
Cakra major adalah pusat tenaga berpusar yang berdiameter 3-4 inci. Mereka mengawal dan membekalkan tenaga kepada physical body (jasad). Cakra major adalah seperti 'power station' yang membekalkan tenaga kehidupan kepada organ-organ penting jasad. Bila 'power station' ini gagal berfungsi, organ-organ penting akan bermasalah dan berpenyakit.
Cakra minor pula berdiameter 1-2 inci manakala cakra mini pula berdiameter kurang dari 1 inci. Cakra-cakra ini mengawal dan membekalkan tenaga kepada organ-organ jasad yang kurang penting.
Semua cakra-cakra ini saling menembusi dan mengunjur keluar dari bahagian jasad yang kelihatan. Antara fungsi mereka yang penting adalah:
1) Mereka menyerap, memproses dan menyebarkan prana kepada pelbagai bahagian badan
2) Cakra mengawal, membekalkan tenaga dan bertanggungjawab kepada fungsi jasad, bahagian dan organ-organnya. Kelenjar endokrin (contoh pankreas) adalah dikawal oleh cakra-cakra major tertentu. Kelenjar endokrin boleh distimulasi dan direncat dengan mengawal dan memanipulasi cakra tertentu. Banyak penyakit adalah disebabkan oleh mal-fungsi cakra.
3) Cakra juga adalah pusat psikik (6th sense). Pengaktifan cakra tertentu boleh meningkatkan kebolehan psikik seseorang. Contohnya salah satu dari cakra yang paling senang dan selamat untuk diaktifkan adalah cakra tangan. Ianya terletak pada tengah tapak tangan. Dengan mengaktifkan cakra tapak tangan, anda akan mempunyai kebolehan untuk merasa tenaga-tenaga yang halus (subtle) dan kebolehan untuk merasa aura aura dalaman, aura kesihatan dan luaran. Ini boleh dicapai dengan sentiasa menumpukan konsentrasi dan membuat latihan-latihan 'merasa' aura pada bahagian tersebut. ini akan diterangkan dengan lebih lanjut pada bahagian-bahagian setrusnya.
PENYAKIT PSIKOSOMATIK
Emosi-emosi tak terkawal, sifat kemarahan berlebihan, kebimbangan, memendam perasaan, kekecewaan dan sebagainya memberikan kesan yang sangat kuat dan langsung terhadap bioplasmic body. Contohnya sifat kemarahan dan kekecewaan yang berterusan boleh menyebabkan kekurangan prana (pranic depletion) pada bahagian solar plexus atau bahagian abdomen atau boleh dimanifestasi sebagai berlebihan prana (pranic congestion) pada bahagian solar plexus atau jantung.
Dalam contoh pertama di atas, ianya boleh menyebabkan masalah penghadaman atau cirit-birit berterusan. Dalam jangka masa panjang, boleh menyebabkan masalah ulser atau batu hempedu (gallbladder). Dalam contoh yang kedua pula, ianya boleh menyebabkan masalah kebengkakan jantung atau masalah jantung lain yang berkaitan.
Nampaknya, emosi-emosi negatif memberikan kesan yang berlainan pada penyakit fizikal. Ianya tidaklah sama untuk setiap pesakit, tetapi yang pasti memang ada kaitan antaranya.
Kemarahan dan kebimbangan yang serius melemahkan keseluruhan bioplasmic body dan boleh mendedahkan seseorang kepada pelbagai jenis penyakit. Anda mungkin pernah mengalaminya-selepas sangat marah pada seseorang-anda berasa begitu kepenatan dan mudah jatuh sakit.
Ini adalah kerana kedua-dua bioplasmic dan physical body kekurangan prana dan mudah dijangkiti kuman.
Jika penyakit berpunca dari masalah emosional, adalah penting untuk menasihati pesakit tersebut menjalani kaunseling oleh pakar-pakar berkaitan. Dalam kes ini, penyembuhan prana sahaja tidak akan memberikan kesan berkekalan kerana penyakit tidak dirawat dari puncanya. Pesakit mesti diajar untuk mengawal emosi dengan teknik-teknik tertentu, melakukan meditasi, melibatkan diri dengan hal-hal keagamaan dan sebagainya..
..bersambung
No comments:
Post a Comment