"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


15.3.10

Penyembuhan Prana Siri 9

SCANNING


Dalam konsep penyembuhan prana, yang ditekankan adalah kebolehan membuat scanning aura dalaman. Walaubagaimanapun, anda perlu juga belajar untuk merasa saiz dan bentuk aura luaran dan aura kesihatan. Ini untuk melatih supaya tangan anda menjadi lebih sensitif kerana aura luaran dan aura kesihatan adalah lebih halus (subtle) dari aura dalaman. Ianya juga supaya anda berasa lebih yakin, bahawa aura luaran dan aura kesihatan benar-benar wujud!

Bila membuat scanning, anda perlu sentiasa menumpukan konsentrasi pada tengah tapak tangan, dengan ini membuatkan ianya menjadi lebih aktif dan sensitif untuk merasai tenaga atau unsur-unsur halus. Tanpa melatih cakra tapak tangan, sukar bagi anda membuat scanning!


MEMBUAT SCANNING AURA LUARAN

1) Berdiri kira-kira 12 kaki dari subjek dengan tapak tangan anda mengadap subjek dan lengan anda agak diluruskan.

2) Perlahan-lahan, berjalan ke arah subjek, sambil tapak tangan anda cuba merasai aura luaran subjek. Tumpukan konsentrasi pada tapak tangan anda.

3) Berhenti bila anda merasai sensasi kepanasan, rasa semut-semut atau sedikit tekanan pada tapak tangan. Cubalah merasai saiz dan bentuk aura luaran-lebarnya dari kepala ke pinggang, pinggang ke kaki dan depan ke belakang. Dalam kebanyakan kes, ianya berbentuk seperti telur terbalik-bahagian atas lebih lebar dari bahagian bawah.

4) Adalah sangat penting untuk anda berupaya merasai 'tekanan' aura.Ini supaya anda berkebolehan untuk mengenalpasti dengan lebih tepat, keadaan kesihatan aura luaran, dalaman dan kesihatan.

5) Aura kesihatan biasanya selebar 3 kaki, tapi dalam kes-kes tertentu, melebar sehingga 6 kaki. Sesetengah budak hiperaktif mempunyai aura luaran sebesar 9 kaki.


MEMBUAT SCANNING AURA KESIHATAN

1) Selepas mengenalpasti saiz dan bentuk aura luaran, dekati lagi subjek anda dengan mengekalkan posisi tangan anda yang sama (tapak tangan mengarah ke arah subjek dengan lengan agak diluruskan).

2) Berhenti bila anda terasa sensasi yang halus lagi. Sensasi ini mungkin terasa lebih kuat sedikit dari aura luaran. Anda sekarang merasai aura kesihatan (health aura). Rasakan saiz dan bentuk auranya.

Aura kesihatan biasanya mempunyai kelebaran kira-kira 2 kaki. Bila seseorang sakit, aura kesihatannya menjadi lemah dan menipis. Kadang-kadang aura kesihatan mungkin menipis sehingga 1 kaki. Aura kesihatan bagi seseorang yang yang sangat sihat mungkin menebal sehingga 3 kaki atau lebih.


MEMBUAT SCANNING AURA DALAMAN

Perhatikan dalam (A)-terdapat kelebihan prana (pranic congestion). Dalam (B) pula terdapat kekurangan prana (pranic depletion)

1) Teruskan untuk merasa aura dalaman dengan kedua-dua tangan anda. Gerak-gerakkan tangan anda ke depan dan kebelakang (secara lembut dan perlahan-lahan) untuk merasai aura dalaman. Biasanya aura dalaman mempunyai ketebalan kira-kira 5 inci. Sentiasa tumpukan konsentrasi pada tengah-tengah tapak tangan. Ini membantu untuk lebih mengaktifkan cakra tangan anda.

2) Scan subjek anda dari kepala ke kaki dan dari depan ke belakang. Scan kedua-dua bahagian iaitu kanan dan kiri, contohnya scan pada telinga kiri dan kanan atau paru-paru kiri dan kanan.

Bila membuat scanning aura dalaman pada bahagian kanan dan kiri badan/organ, mereka biasanya mempunyai ketebalan aura yang sama. Jika satu bahagian mempunyai aura yang lebih tebal atau nipis dari bahagian yang satu lagi, bermakna ada suatu masalah tertentu di kawasan itu. Contohnya saya pernah membuat scanning bahagian telinga satu pesakit. Didapati aura dalaman pada telinga kiri adalah 5 inci, manakala pada telinga kanan 2 inci. Selepas ditanya, pesakit menjawab bahawa beliau mempunyai kecacatan pendengaran telinga kanan sejak 17 tahun lepas.

3) Perhatian khusus mesti diberikan pada bahagian tulang belakang, organ penting dan cakra major. Dalam banyak kes, sebahagian kawasan tulang belakang ada masalah penyumbatan atau kekurangan prana, walaupun tiada aduan dari pesakit. Ini mesti dirawat.

4) Bila membuat scanning bahagian tekak, dagu pesakit mesti diangkat sedikit untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat. Aura dalaman pada dagu boleh mengganggu atau membayangi keadaan sebenar tekak.

5) Scanning paru-paru mesti dibuat pada bahagian belakang dan tepi badan untuk mendapatkan keputusan yang tepat. Puting mempunyai dua mini cakra yang boleh mengganggu ketepatan scanning paru-paru. Teknik yang lebih advanced ialah dengan menggunakan dua jari (bukan tapak tangan) dan membuat scanning paru-paru dari bahagian depan, belakang dan sisi badan.

6) Perhatian khas ditumpukan pada cakra solar plexus kerana banyak penyakit yang berpunca dari emosi memberi kesan pada solar plexus.


MENGINTEPRETASI KEPUTUSAN SCANNING

Semasa membuat scanning, anda mungkin merasai kawasan tertentu aura dalaman yang berlubang atau terbonjol. Kawasan aura berlubang adalah disebabkan kekurangan prana (pranic depletion). Meridian-meridian halus tersumbat dan ini menghalang pengaliran prana yang segar ke kawasan tersebut. Bagi cakra pula, prana di kawasan tersebut lemah dan dipenuhi banyak unsur bioplasma berpenyakit.

Sesuatu organ mungkin mempunyai kelebihan dan kekurangan prana serentak. Bermakna suatu kawasan terdapat lubang/lekuk (hollow) dan bonjolan (protrusion) pada aura dalaman.Contohnya hati (liver) yang mungkin berlekuk pada bahagian kiri dan terbonjol auranya pada bahagian kanan. Contoh lain ialah jantung yang mungkin mengalami prana pada bahagian kiri dan kelebihan prana pada bahagian kanan.

Lebih kecil dan nipis aura dalaman, maka lebih banyaklah terdapat kekurangan prana pada bahagian itu. Lebih besar bonjolan (protrusion) aura dalaman, maka lebih teruk congestion prana pada bahagian itu. Lebih kecil atau lebih besar aura di sesuatu kawasan menunjukkan keseriusan penyakit itu.

Anda juga kena berhati-hati semasa membuat scanning. Pada orang yang duduk dengan lama di atas kerusi, mungkin mempunyai bonjolan aura yang besar sekitar kawasan punggung. Ini hanyalah sementara sahaja selepas beberapa waktu, kerana ianya normal. Ini dipanggil temporary pranic suplus. Bagi orang yang baru lepas memarahi seseorang, kita akan dapati kekurangan prana pada cakra solar plexus. Ini juga normal dan hanyalah sementara.Ini dipanggil temporary pranic reduction.

Keadaan fizikal pesakit mestilah diperhati dan diperiksa dengan teliti dan pesakit ditemuramah dengan teliti sebelum membuat sebarang kesimpulan.

Seperti yang dinyatakan sebelumnya, penyakit dimanifestasi dahulu pada bioplasmic body sebelum terzahir pada jasad fizikal. Ada beberapa kes dimana terdapat kekurangan atau kelebihan prana pada sesuatu organ, tetapi pemeriksaan fizikal oleh doktor normal. Dalam kes-kes seperti ini, penyakit belum dimanifestasi pada fizikal. Jadi penyembuhan prana mesti dilakukan, sebelum ianya dimanifestasi pada fizikal.

..bersambung

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..