"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


8.3.10

Penyembuhan Prana Siri 7


Kita akan mendalami lagi teknik-teknik penyembuhan prana. Kali ini kita akan pelajari 2 teknik asas yang sangat penting dipelajari iaitu PEMURNIAN (CLEANSING) dan PENGISIAN TENAGA (ENERGIZING).

Dalam seni penyembuhan prana, ada dua prinsip asas iaitu pemurnian (cleansing) untuk membersihkan unsur-unsur berpenyakit dari cakra dan organ-organ bermasalah, dan barulah pengisian tenaga (energizing) dengan prana dilakukan.Dengan ini, barulah lengkap proses penyembuhan yang dilakukan.

Prinsip asas pemurnian dan pengisian tenaga ini dapat dilihat dengan jelas pada tubuh kita-iaitu tubuh dibersih/dimurnikan dengan menyingkirkan udara yang tidak diperlukan (karbon dioksida) dan diisi dengan tenaga yang diperlukan, dengan menghirup oksigen. Tubuh juga menyingkirkan bahan buangan yang tidak diperlukan melalui sistem perkumuhannya dan mendapatkan tenaga melalui makanan.

Jelas, bahawa bioplasmic body juga mesti dibersihkan dari unsur-unsur berpenyakit dan diisi dengan tenaga prana.Selain itu, dalam proses pemurnian bioplasmic body, bioplasmic channels dibuka, jalur kesihatan (health rays) dibersihkan, disikat (combed) dan diperkuatkan.

Perhatikan, bahagian yang berpenyakit mesti dimurnikan sebelum dan/atau selepas pengisian tenaga dibuat. Untuk kes yang serius, keseluruhan bioplasmic body terpaksa dibersihkan. Dalam banyak keadaan juga, selepas pemurnian dilakukan, pesakit diisi dengan sedikit tenaga untuk membantu proses pemurnian dengan lebih berkesan. Ini seperti kita menyapu dahulu kotoran di lantai, kemudian menambah sabun dan air atau chlorox untuk menyingkirkan kotoran yang degil.Keseluruhan proses (cleansing + energizing) mungkin kena diulang-ulang sehingga sehingga bioplasmic body menjadi normal semula.

Tanpa dibuat pemurnian dahulu, pesakit mungkin mengalami apa yang dipanggil sebagai REAKSI RADIKAL (RADICAL REACTION). Reaksi radikal bermaksud, tubuh terpaksa mengambil langkah drastik untuk membetulkan atau menormalkan keadaan yang dialaminya. Ini biasanya menyakitkan dan tidak begitu selesa bagi pesakit dan keadaan mula-mula selepas dirawat mungkin dilihat lebih teruk. Bagaimanapun, secara beransur-ansur, keadaan tubuh akan menjadi lebih baik selepas itu. Reaksi radikal boleh dielakkan jika pemurnian dilakukan dahulu.

Satu contoh yang berlaku ialah satu pesakit yang mengalami sakit perut yang kronik, cirit-birit dan muntah berpanjangan disebabkan oleh faktor emosi. Pengisian tenaga dilakukan tanpa membuat pemurnian terlebih dahulu. Walaupun keadaannya lega selepas itu, dalam masa 20-30 minit selepas itu, kesakitan perut, cirit-birit dan muntah berulang semula, malah menjadi lebih teruk. Terjadi reaksi radikal kerana tubuh mengambil langkah drastik untuk menyingkirkan unsur-unsur bioplasmik yang tersumbat dan tindakbalas untuk menormalkan keadaannya. Tiga jam kemudian, pemurnian dan pengisian tenaga dilakukan pada bahagian abdomen dan beliau pulih sepenuhnya.

Pemurnian dilakukan untuk memudahkan penyerapan prana atau ki pada tempat berkenaan. Seperti anda ingin menuang air bersih pada sponge yang telah basah dengan air yang kotor, sia-sia bukan! Prana yang segar dan menyembuhkan tidak dapat diserap ke bahagian yang berpenyakit kerana ia telah diisi dengan unsur bioplasma berpenyakit dan saluran bioplasma juga tersumbat. Jadi, ingat, pemurnian mesti dilakukan dahulu!

Ada beberapa sebab mengapa pemurnian kena dibuat dahulu:

1) Pemurnian perlu untuk memudahkan penyerapan prana atau ki

2) Penyembuhan mengambil lebih banyak masa untuk berlaku dan lebih banyak prana diperlukan untuk menyembuhkan pesakit.

3) Reaksi radikal mungkin berlaku jika pemurnian tidak dilakukan sebelum atau selepas pengisian tenaga

4) Pemurnian perlu untuk mengurangkan risiko kerosakan saluran bioplasma (meridian)

Dalam kes-kes yang mudah, pemurnian sahaja cukup untuk menyembuhkan pesakit. Dalam kes-kes lain, pengisian tenaga dilakukan kerana prana pada kawasan tersebut telah sangat berkurangan. Jadi penyembuhan memerlukan prana yang secukupnya...

..bersambung

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..