"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


22.3.10

Penyembuhan Prana Siri 11

PENGISIAN TENAGA DENGAN PRANA: TEKNIK CAKRA TANGAN


Apabila mengalirkan prana ke bioplasmic body pesakit, anda mestilah juga menarik dan mengisikan prana untuk diri anda sendiri. Prana ini boleh ditarik dari udara atau sekitaran (kosmos). Ini menghalang anda dari keletihan/kekurangan tenaga, dan juga menghalang anda dari jangkitan/penyakit dari pesakit yang dirawat.

Terdapat banyak cara bagaimana menarik dan mengalirkan prana.Yang paling mudah dan selamat ialah melalui cakra tangan. -Satu tangan untuk menarik energi dan satu lagi untuk mengeluar/mengalirkan energi kepada pesakit. Kedua-dua cakra tangan kanan dan kiri boleh menarik dan mengalirkan prana. Bagi yang penganan (right-handed), biasanya cakra tangan kiri digunakan untuk menarik prana, manakala cakra tangan kanan untuk mengalirkan prana keluar. Bagaimanapun ianya bergantung kepada NIAT dan pilihan anda sendiri.

Prana ditarik masuk melalui salah satu cakra tangan dan dialirkan keluar melalui satu cakra lagi. FOKUSKAN perhatian anda pada cakra tangan (tengah-tengah tapak tangan) dan pada bahagian yang hendak dirawat dengan MENUMPUKAN LEBIH PERHATIAN PADA CAKRA TANGAN. Dengan terlalu memfokus pada bahagian yang hendak dirawat mengurangkan aliran prana masuk dan keluar. Ini adalah kesalahan yang biasa dibuat oleh mereka yang baru menceburi penyembuhan prana.

Ikutilah prosedur berikut:

1) Tekan tengah-tengah tapak tangan anda untuk membantu meningkatkan konsentrasi

2) Fokuskan perhatian anda pada tengah tapak tangan (cakra) yang digunakan untuk menarik masuk prana, selama kira-kira 10-15 saat. Ini untuk mengaktifkan cakra dan meningkatkan keupayaannya menarik lebih banyak prana. Jika anda membuat keputusan menarik prana dari tangan kiri, fokuskan perhatian anda di situ.

3) Letakkan tangan satu lagi berdekatan dengan kawasan bermasalah pesakit dan tumpukan konsentrasi anda pada kedua-dua tengah tapak tangan. Jika anda ingin mengalirkan prana keluar melalui tapak tangan kanan, letakkan bahagian tapak tangan anda berdekatan kawasan yang ingin dirawat. Jarakkan tapak tangan anda dari pesakit, kira-kira 3-4 inci. Teruskan membuat konsentrasi pada kedua-dua tapak tangan sehingga pesakit dialirkan tenaga secukupnya. Untuk kes-kes yang mudah, ini biasanya mengambil masa 5-15 minit.

4) Bila membuat pengisian tenaga, anda mesti memasangkan niat dan membuat arahan (kepada minda anda) supaya prana yang dialirkan mula-mula pergi ke cakra yang berkaitan, kemudian ke tempat berpenyakit. Adalah sangat penting untuk 'mengarahkan' (dengan minda) supaya prana sampai ke tempat bermasalah, untuk mempercepat proses penyembuhan. Dengan hanya mengalirkan prana pada cakra (tanpa niat supaya ia sampai ke tempat berpenyakit) menyebabkan energi prana agak tersasar dan penyembuhan menjadi lambat.

5) Bahagian kiri dan kanan ketiak hendaklah dibuka sedikit untuk memudahkan pengaliran prana dari satu cakra tangan ke satu cakra tangan yang lain.

6) Anda pada mulanya mestilah membuat arahan (dengan minda) untuk menarik prana dari satu tangan (katalah tangan kiri) dan mengalirkan prana melalui tangan satu lagi (katalah tangan kanan). Selepas itu anda tidak perlu lagi membuat "arahan' itu secara sedar, sebaliknya ia akan berlaku secara automatik, dimana satu tangan akan menarik prana dan satu lagi akan mengalirkannya keluar.

7) Adalah sangat penting untuk menumpukan konsentrasi pada kedua-dua tapak tangan. Kejayaan anda membuat penyembuhan prana bergantung padanya. Jika anda terlalu menumpukan perhatian pada pengaliran prana keluar tanpa perhatian pada prana yang ditarik, ini akan cepat melemah dan meletihkan anda.

8) Jika anda terasa sakit-sakit atau tidak selesa pada tangan, balik-balikkan tangan anda untuk membuang unsur bioplasma berpenyakit. Semasa proses pengisian tenaga, sememangnya anda kena selalu 'merenjis-renjis' tangan anda untuk membuang unsur bioplasma berpenyakit.

9) Pengisian tenaga dilakukan sehingga kawasan/organ bermasalah mendapat energi prana yang secukupnya. Tanda-tandanya ialah jika anda merasa seakan sesuatu yang 'menendang' (repulsion) secara halus dari kawasan yang dirawat atau anda merasa prana yang mengalir keluar secara beransur-ansur berhenti. Ini menandakan tahap energi prana pada tangan anda dan kawasan yang dirawat sudah sama. Untuk yang baru bermula, pengisian tenaga prana adalah selama 5-15 minit untuk kes yang mudah dan kira-kira 30 minit untuk kes yang lebih rumit.

10) Cross-check samada anda telah mengisikan tenaga secukupnya dengan membuat scanning aura dalaman pada kawasan tersebut. Jika belum cukup, isikan lagi tenaga prana secukupnya.

11) Jika kawasan tersebut, terlebih prana, lakukan penyapuan (sweeping) untuk mencegah pengumpulan prana (pranic congestion). Pastikan aura dalaman setebal lebih kurang 3 inci.

12) Prana atau ki boleh dialirkan keluar melalui jari-jari juga. Ini menghasilkan prana yang lebih kuat dan pesakit mungkin merasa agak sakit dan mencucuk-cucuk. Ini tidak perlu dilakukan. Lebih baik menguasai teknik melalui tapak tangan dahulu.

13) Dalam melakukan pengisian tenaga, visualisasi membantu, tetapi tidaklah perlu. Rileks sahaja dan dengan tenang, tumpukan konsentrasi pada kedua-dua tapak tangan. Secara automatik, anda akan mencapai hasilnya. Teknik yang anda belajar ini adalah begitu ringkas, senang dan berkesan. Cubalah dahulu dan lihatlah hasilnya!

POSISI MENARIK PRANA

Terdapat beberapa posisi yang biasa digunakan untuk menarik dan mengalirkan prana












1) Posisi menggapai awan (reaching for the sky pose)

2) Posisi Egyptian (Egyptian pose)

3) Posisi kasual (casual pose)

Ini bergantung kepada kesesuaian dan keselesaan anda sendiri. Saya biasanya menggunakan posisi Egyptian kerana ia lebih selesa dan tidak nampak begitu 'pelik' kepada pesakit. Ini mengurangkan rintangan (resistance) dari pesakit. Perlu diingat, pesakit mempunyai keupayaan untuk sedikit sebanyak menghalang (block) prana yang dialirkan kepada mereka jika mereka mendapati perawat itu agak 'pelik' atau jika mereka langsung tidak percaya dan menolak teknik rawatan seperti penyembuhan prana ini. Itulah sebabnya, kita mesti menjalinkan hubungan baik (rapport) dengan pesakit, untuk menghasilkan kesan penyembuhan yang cepat dan berkesan.

..bersambung

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..