"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


18.7.08

Kaedah Pancaran Tenaga Rohani (PTR)


Rawatan Holistik yang saya praktikkan menekankan aspek pengubatan penyakit dari 3 sudut secara menyeluruh iaitu minda, jasad dan kerohanian (mind-body-spirit). Saya telah banyak menyentuh tentang aspek minda dan jasad dalam posting sebelum ini.Sekarang kita lihat dari aspek kerohanian pula.

Kaedah pengubatan ini sebenarnya sudah lama dan agak popular di negara barat, tetapi bagi saya ada kekurangan tertentu.Contohnya dalam kaedah pengubatan Reiki, mereka mengaplikasi 'tenaga alam' ('life force' atau 'universal energy', chi,prana) yang dikatakan boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit tertentu.Bolehkah seorang Muslim mempercayai ada 'kuasa' yang boleh menyembuhkan penyakit selain Allah?Sebenarnya ini satu persoalan yang boleh menimbulkan perdebatan hangat dan saya tinggalkan anda untuk menjawab persoalan itu.Kita boleh bincang di ruang yang lain.

Di ruangan ini saya ingin berkongsi tentang rawatan kerohanian yang diasaskan oleh sahabat yang juga guru saya iaitu Ustaz Suhaimi Hj Nawi

Menurut Ustaz Suhaimi, terdapat 3 jenis tenaga yang ada dalam diri kita iaitu

1-Tenaga Hayat
2-Tenaga Nur
3-Tenaga Yakin

Kita perincikan satu persatu tenaga-tenaga ini..

1-Tenaga Hayat
-didapati dari makanan yang berkhasiat dan halal dan mengikut sunah Nabi
-makanan yang haram misalnya, boleh melemahkan tenaga hayat dan boleh ditimpa penyakit-penyakit tertentu

2-Tenaga Nur
-didapati dengan selalu membaca Al-Quran dan mendengar hadis nabi dengan penuh tumpuan dan berdoa
-tenaga ini menghasilkan kegembiraan, ketenangan dan keselesaan
-kekurangan tenaga nur menyebabkan kegelisahan, kebencian, syak wasangka dan tidak tenteram

3-Tenaga Yakin
-didapati dengan banyak berkorban harta dan masa dan berdoa
-keyakinan pada hari akhirat dan kematian
-kekuatan sangka pada kudrat Allah
-kekurangan tenaga yakin menyebabkan putus asa, menyalahkan orang lain, dendam kesumat dan meminta bantuan makhluk

Jadi nyata sekali, jasad ada kaitan dengan roh. Bila jasad sakit, tenaga kerohanian pun kurang/sakit dan begitulah sebaliknya.

Kaedah mengesan penyakit PTR menggunakan ayunan (pendulum) tasbih kecil berdasarkan gerak hati.Ini merupakan 'scan' yang boleh mengesan samada terdapat gangguan rohani (sihir, saka @ tumpangan) atau gangguan jasad pada pesakit

Yang menarik adalah kaedah scan tasbih ini boleh mengesan penyakit jasad juga. contohnya 'staging' of cancer, kadar kolesterol, toksin, dan gula dalam darah, fungsi buah pinggang, pankreas dll

Cara rawatan ialah dengan pengamal perubatan TKR menyerap tenaga dari 'Khazanah' Allah dan mengalirkan pada pesakit. Ianya tidak menggunakan jampi, mentera atau hafalan ayat-ayat suci tertentu. cuma niat dan yakin kerana Allah, sebagai penyembuh

Kaedah pengubatan ini dan 'scanning' penyakit boleh dijalankan dari jarak jauh. (ini tidak mustahil kerana menurut Jose Silva dalam bukunya 'You the Healer', otak kanan yang diaktifkan pada gelombang alpha, berupaya menyembuhkan penyakit, walaupun terpisah oleh jarak yang jauh.imaginasi fikiran itu sebenarnya menghasilkan tenaga yang kuat)

Saya sedang mendokumentasikan beberapa kes kronik yang tidak berupaya disembuhkan oleh perubatan moden, tetapi akhirnya sembuh melalui proses rawatan ini, dengan izin Allah

Jika ada sebarang masalah kesihatan kronik atau sukar disembuhkan melalui perubatan moden atau mahu kami 'scan' penyakit anda- sila email atau sms kepada saya. Kami akan cuba membantu, insya-Allah.

Ustaz Suhaimi juga menjalankan kursus-kursus PTR pada sesiapa yang berminat menjadi perawat PTR.Tarikh kursus akan dihebahkan dari masa ke semasa.

-Dr Hapizi
0179351516




1 comment:

Anonymous said...

Salam Dr,
bolehkah epilepsy berubat cara rawatan holistik, sy confuse
harap komen. terima kasih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

mindfulness

Loading...

Home..