Samada kita mahu percaya atau tidak, 'makhluk halus' memang wujud disekeliling kita dan ianya memang boleh mendatangkan penyakit dan kemudaratan.
Beberapa ayat dalam Al-Quran menerangkan tentang gangguan 'makhluk halus' ini kepada manusia.
“DAN JIKA SYAITAN MENGGANGGU KAMU DENGAN SUATU GANGGUAN, MAKA POHONLAH PERLINDUNGAN DARI ALLAH,SESUNGUHNYA DIALAH YANG MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI" (Surah Fussilat 41:36)
“MEREKA TIDAK BERDAYA BANGUN MELAINKAN SEPERTI BANGUNNYA ORANG YANG ‘DICEDERAKAN’ OLEH SYAITAN DARI PENANGANNYA (Al-Baqarah 2:275)
“DAN INGATLAH AKAN HAMBA KAMI,AYUB, KETIKA IA MENYERU TUHANNYA DENGAN KATANYA ‘YA ALLAH, SESUNGGUHNYA SAYA INI DITIMPA OLEH SYAITAN DENGAN KESUSAHAN DAN KESENGSARAAN" (Surah Saad 38:41)
“DAN MEREKA BELAJAR ILMU SIHIR ITU DARIPADA SYAITAN YANG AKAN MENDATANGKAN KESAKITAN DAN KEMUDARATAN…” (Al-Baqarah 2:101)
Banyak hadis-hadis sahih yang menyebut fenomena 'as-sar'u' iaitu syaitan menjadi penyebab kepada berlakunya kecederaan kepada manusia seperti kesakitan, hilang akal, kebisingan yang melampau dan sebagainya
Al-Quran Sebagai Pengubat Penyakit
“DAN KAMI TURUNKAN DARI QURAN ITU ADA AYAT MENJADI PENYEMBUH PENYAKIT DAN RAHMAT BAGI ORANG-ORANG YANG BERIMAN. (Al-Israa': 82)
Makhluk Halus & Sihir
Maksud sihir:
Suatu kerja jahat secara tersembunyi, kebanyakannya menggunakan makhluk halus (kuasa ghaib) untuk tujuan jahat ke atas mangsa dengan cara tertentu yang boleh menghasilkan natijah buruk seperti yang dirancang
Dalam A-Quran terdapat 26 surah dengan 57 ayat yang membicarakan tentang sihir
"DAN SEBENARNYA SYAITANLAH YANG KUFUR KEPADA ALLAH, MEREKA MENGAJAR MANUSIA ILMU SIHIR….."(Al-Baqarah: 102)
"DAN MEREKA ITU (MANUSIA) MEMPELAJARI ILMU SIHIR YANG AKAN MEMUDARATKAN MEREKA DAN TIDAK MEBERI MANAFAAT PUN….(Al-Baqarah 102)
Dipetik dari artikel oleh Tuan Guru Dato' Dr Haron Din-"Makhluk Halus dan Penyakit-Satu Penjelasan"
Sila lawati http://www.darussyifaonline.com/ untuk artikel penuh
Kesimpulannya makhluk halus memang wujud dan boleh memberi kemudaratan kepada manusia. Ayat-ayat tertentu dalam A-Quran boleh digunakan untuk mencegah dan merawat permasalahan ini.
Dalam kaedah rawatan holistik yang saya praktikkan, pesakit akan di'scan' terlebih dahulu untuk 'rule out' gangguan kerohanian (makhluk halus) ini, dan barulah aspek fizikal dan minda dirawat dengan ubatan tertentu.Insya-Allah..semua penyakit boleh dirawat (kecuali penyakit tua dan mati)-Al-hadis
1 comment:
Pengalaman anak perempuan saya diganggu 'makhluk halus' membuka mata saya tentang kebesaran dan kehebatan ilmu Allah yang maha luas. Perubatan moden hanya sebahagian dari ilmu Allah ini, dan bukanlah ia segala-galanya...seperti disangka selama ini.
Post a Comment