"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


4.3.10

Penyembuhan Prana Siri 6


PENGARUH MINDA TERHADAP BIOPLASMIC BODY

Minda memainkan peranan yang PENTING dalam mencorakkan bioplasmic body. Mereka yang arif dalam bidang metafizik biasanya menasihatkan isteri yang sedang hamil supaya selalu melihat gambar-gambar cantik, mendengar muzik-muzik lembut, berfikir secara positif dan mengelakkan yang sebaliknya.

Aktiviti-aktiviti seperti di atas bukan hanya mempengaruhi fizikal bayi yang bakal dilahirkan tetapi juga potensi minda dan emosi mereka nanti.

Jika pengaruhnya positif, maka hasilnya adalah positif dan begitulah sebaliknya.

Wanita-wanita yang sedang hamil, sila ambil perhatian terhadap perkara di atas supaya anda menghasilkan generasi yang berkualiti dari segi fizikal, emosi dan minda!

FAKTOR LUARAN DAN DALAMAN SEBAGAI PENYEBAB PENYAKIT

Di dalam memahami penyakit dan penyebabnya, seseorang mestilah mengambil kira faktor luaran dan faktor dalaman ataupun penyebab yang 'nampak' dan penyebab yang 'tidak nampak'.

Faktor luaran adalah faktor fizikal yang menyumbang kepada penyakit seperti kuman, kurang zat makanan, toksin, kurang bersenam, tabiat pernafasan yang salah, kurang pengambilan air dan sebagainya.

Faktor dalaman pula bermakna faktor emosi dan bioplasmic (kerohanian) yang menyumbang kepada timbulnya penyakit, seperti emosi negatif, penyumbatan meridian, kekurangan/kelebiahan prana, malfungsi cakra dan lain-lain.

Contohnya, faktor emosi boleh menyebabkan lemahnya cakra solar plexus (pusat energi utama) dan hati, ditambah dengan serangan virus atau dari toksin (seperti carbon tetrachloride atau phosphorus) menyebabkan keradangan hati yang serius (hepatitis). Faktor luaran adalah virus atau toksin, manakala faktor dalaman adalah emosi negatif dan lemahnya cakra solar plexus dan hati yang menyebabkan hati lebih terdedah kepada risiko jangkitan.

Jika cakra solar plexus dan hati dalam keadaan yang baik, dan jika seseorang berada dalam tahap kesihatan optimum, maka kemungkinan menghidap sebarang penyakit seperti hepatitis di atas adalah minimum. Sistem pertahanan atau sistem perkumuhan badan akan berupaya menyingkirkan sebarang kuman atau toksin yang masuk.

Aplikasi penyembuhan prana berupaya untuk membersihkan, menguatkan seterusnya mengembalikan ke tahap normal, cakra solar plexus dan hati yang telah terjejas.

Penyakit dimanifestasi oleh sebab faktor-faktor di bawah:-

1) Kehadiran faktor dalaman dan luaran

2) Kehadiran faktor dalaman yang terlampau kuat sahaja. Contohnya seseorang yang bersifat kemarahan dan kekecewaan melampau secara berterusan boleh mengurangkan prana pada bahagian cakra solar plexus dan cakra jantung. Walaupun pesakit ini mengawal pemakanan dan mendapatkan rawatan ubat-ubatan, dia tetap akan berakhir dengan masalah pembengkakan jantung.

3) Kehadiran faktor luaran yang terlampau kuat sahaja. Contohnya mengambil racun dalam dose yang tinggi tetap akan menyebabkan anda kematian, walaupun bioplasmic body anda berada dalam keadaan sihat.


FUNGSI-FUNGSI BIOPLASMIC BODY

1) Ianya menyerap, menyebar dan membekalkan tenaga kepada physical body dengan prana atau ki.

2) Ia bertindak sebagai acuan (mold) atau corak (pattern) kepada physical body (jasad). Ini membolehkan physical body mengekalkan bentuk dan ciri-cirinya walaupun bertahun-tahun terdedah kepada metabolisme dan ancaman luar. Jika bioplasmic body rosak, physical body juga rosak. Mereka mempunyai saling perkaitan yang erat. Untuk menyembuhkan physical body, bioplasmic body perlu juga dirawat dan begitulah sebaliknya.

3) Bioplasmic body, melalui cakra-cakranya mengawal dan bertanggungjawab terhadap kesempurnaan fungsi jasad, bahagian dan organ-organnya. Ini termasuk kelenjar endokrin. Kelenjar endokrin merupakan manifestasi luaran beberapa cakra utama. Ini bermaksud, jika kelenjar endokrin kurang berfungsi, bermakna cakra juga bermasalah.

4) Bioplasmic body, melalui jalur kesihatan dan aura kesihatan, berfungsi sebagai perisai kepada kuman dan unsur-unsur penyakit bioplasma. Toksin, kuman dan bahan buangan disingkirkan melalui pori-pori jalur kesihatan, jadi ianya membersihkan keseluruhan physical body.

ASAS-ASAS DALAM RAWATAN PENYEMBUHAN PRANA

1) Pada kawasan dimana terdapat kekurangan prana, pemurnian (cleansing) seterusnya pengaliran tenaga (energizing) dilakukan. Penekanan adalah pada pengaliran tenaga.

2) Pada kawasan dimana terdapat kelebihan prana (pranic congestion), unsur bioplasma berpenyakit dibuang atau dibersihkan. Penekanan adalah pada pemurnian.

3) Cakra yang lemah atau kurang berfungsi dibersihkan dan diisi dengan tenaga.

4) Jalur kesihatan yang tidak teratur dan lemah, disusun dan diperkuatkan.

5) Meridian yang tersumbat dibersihkan dan diisi dengan tenaga.

6) Prana yang bocor melalui aura luaran ditutupkan.

7) Prana yang spesifik dialirkan untuk menghasilkan keputusan yang spesifik dan diingini. Beberapa penyakit memerlukan prana yang spesifik untuk penyembuhan yang pantas.

RINGKASAN KURSUS PENYEMBUHAN PRANA.

Setakat ini anda baru sahaja melalui fasa pengenalan penyembuhan prana. Detailnya akan dipelajari dalam bab-bab seterusnya yang disusun mengikut tahap-tahap tertentu. Pastikan anda menguasai satu-satu tahap sebelum berpindah ke tahap seterusnya.

TAHAP 1-PENYEMBUHAN PRANA ASAS.

Pada tahap ini, konsep dan tekniknya amat mudah dipelajari.Sentuhan dan konsentrasi diperlukan. Memerlukan 3-5 sesi untuk belajar prinsip asas dan teknik untuk melakukan penyembuhan prana asas. Perlu 1-2 bulan latihan berterusan untuk menguasainya.

TAHAP 2-PENYEMBUHAN PRANA PERTENGAHAN

Tahap ini masih mudah, latihan pernafaan diperlukan pada tahap ini. Cakra-cakra utama diterangkan dengan detail. Konsentasi visual tidak diperlukan. Perlukan 3-5 sesi untuk belajar teknik merawat kes yang lebih susah. Perlukan masa lebih kurang 2 bulan untuk menguasainya.

TAHAP 3-PENYEMBUHAN PRANA JARAK JAUH

Tahap ini melibatkan perkembangan dan kebolehan psikik seseorang. Ianya memerlukan beberapa bulan hingga beberapa tahun untuk benar-benar menguasai teknik ini dan berupaya melakukan diagnosis dan merawat dari jauh.

TAHAP 4-PENYEMBUHAN PRANA LANJUTAN

Visualisasi diperlukan. Pengetahuan tentang pelbagai sifat penyakit dan pelbagai jenis prana diperlukan. Anda akan digelar pakar penyembuhan prana.

Insya-Allah, kita akan sama-sama belajar dan mempraktikkan sehingga ke tahap lanjutan, di dalam blog ini.

..bersambung

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..