Kita akan menyambung pengajian bersiri dalam bidang Penyembuhan Prana. Sekarang kita akan masuk ke peringkat pertengahan (intermediate) atau Level 2, iaitu Pernafasan Prana (Pranic Breathing).
Pernafasan Prana
Semasa mula-mula mempelajari Penyembuhan Prana, anda diajar untuk menarik prana melalui cakra tapak tangan. Sekarang anda akan belajar bagaimana melakukan pernafasan prana untuk menyerap dan menarik jumlah prana yang banyak, melalui keseluruhan jasad (bukan hanya melalui cakra tapak tangan). Prana yang diserap ini akan juga dialirkan keluar kepada pesakit, melalui teknik pernafasan prana ini.
Semasa anda membuat pernafasan prana, anda akan berasa lebih bertenaga dan aura anda akan membesar sehingga 100% atau lebih. Aura dalaman menebal sehingga 8 inci atau lebih, aura kesihatan membesar sehingga 4 kaki atau lebih, dan aura luaran mengembang sehingga 6 kaki atau lebih.
Kesemua ini boleh diperiksa dengan kaedah scanning (rujuk artikel terdahulu tentang scanning).
Apa kata anda cuba eksperimen ini dahulu. Minta seorang rakan anda membuat pernafasan prana selama 5 minit. Scan aura rakan anda sebelum dan selepas dia melakukan pernafasan prana selepas 2 minit. Perhatikan perubahan dalam saiz aura. Anda malah mungkin merasai seakan denyutan berirama (rhytmic pulsation) auranya. Eksperimen ini penting supaya anda merasa lebih yakin tentang kepentingan membuat pernafasan prana.
KAEDAH 1: PERNAFASAN DALAM DENGAN MENGOSONG DAN MENAHAN NAFAS
1) Lakukan pernafasan abdomen (bermaksud bahagian yang mengembang semasa menarik nafas ialah abdomen, bukan dada)
2) Tarik nafas perlahan-lahan dan tahan nafas dalam kiraan 1 saat.
3) Lepaskan nafas perlahan-lahan. tahan nafas anda dalam kiraan 1 saat sebelum menarik nafas lagi. Inilah yang dinamakan 'mengosong dan menahan nafas' (empty retention)
KAEDAH 2: 7-1-7-1
1) Lakukan pernafasan abdomen
2) Tarik nafas dalam kiraan 7 dan tahan nafas kiraan 1
3) Lepaskan nafas dalam kiraan 7 dan tahan nafas kiraan 1
KAEDAH 3: 6-3-6-3
1) Lakukan pernafasan abdomen
2) Tarik nafas dalam kiraan 6 dan tahan nafas dalam kiraan 3
3) Lepaskan nafas dalam kiraan 6 dan tahan nafas dalam kiraan 3
Nota: tarik dan lepas nafas, kedua-duanya melalui hidung
Pernafasan abdomen mengembangkan sedikit abdomen anda semasa menarik nafas dan mengecutkan sedikit abdomen semasa menghembus nafas. Jangan terlampau mengembang dan mengecutkan abdomen anda, ini akan membuatkan proses pernafasan prana menjadi sukar dan seperti dipaksa.
FAKTOR YANG KRITIKAL ADALAH RITMA DAN SEMASA 'MENGOSONG DAN MENAHAN NAFAS' (EMPTY RETENTION).
Menahan nafas selepas mengosongkannya dinamakan 'empty retention' dan menahan nafas selepas menariknya dinamakan 'full retention'. Adalah diperhatikan melalui kaedah clairvoyant, jumlah prana yang banyak meluru masuk ke dalam setiap bahagian jasad, selepas menarik nafas yang dibuat selepas 'empty retention'. Ini tidak berlaku jika anda menarik nafas yang tidak disertai dengan 'empty retention'.
SEMASA MENARIK PRANA, ANDA BOLEH MENGGUNAKAN TEKNIK PERNAFASAN PRANA ATAU CAKRA TAPAK TANGAN ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI.
..bersambung
No comments:
Post a Comment