"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


24.5.10

Penyembuhan Prana Siri 23

MENGALIRKAN TENAGA (ENERGIZING) DENGAN PERNAFASAN PRANA

Prana ditarik masuk dengan pernafasan prana dan dialirkan keluar melalui satu atau kedua cakra tangan anda. Anda boleh membuat latihan berikut untuk mentenagakan diri anda sendiri atau orang lain.

1) Lakukan pernafasan prana untuk 3-5 pusingan dan serentak dengan itu tenangkan dan rehatkan minda anda

2) Teruskan melakukan pernafasan prana dan letakkan tangan anda berdekatan dengan kawasan yang ingin dirawat. Tumpukan perhatian pada tengah-tengah tapak tangan anda

3) Arahkan tenaga prana yang dialir untuk sampai ke cakra berkaitan dan kemudian ke kawasan yang bermasalah. INI ADALAH FAKTOR YANG BEGITU KRITIKAL, dan dalam banyak kes akan menghasilkan kelegaan/kesembuhan yang cepat, kerana kawasan atau organ tersebut akan mendapat tenaga prana yang mencukupi dalam masa yang pantas. PERHATIAN ANDA ADALAH LEBIH KEPADA PENUMPUAN PADA CAKRA TANGAN DAN PRANA YANG DIALIRKAN DAN KURANG PADA PERNAFASAN

4) Berhenti mengalirkan tenaga bila anda mempunyai gerak rasa (intuition) yang pesakit telah mendapat energi prana yang secukupnya. Dalam level 1 (asas), anda diajar untuk berhenti mengalirkan energi bila merasa seakan 'penolakan' atau prana seakan berhenti mengalir. Tapi ingat, anda sekarang berada pada level yang lebih advanced. Tahap energi anda sudah jauh lebih tinggi dari pesakit. Jika anda cuba untuk 'menyamakan' (equalize) energi anda dan pesakit, dikhuatiri ini boleh menyebabkan 'pranic congestion' pada pesakit

5) Jika pesakit mempunyai infeksi yang serius, kebakaran atau luka, rawatan mestilah diulang selepas setengah atau sejam. Kes-kes sebegini menggunakan kadar prana yang banyak dalam masa yang singkat. Rawatan mestilah diulang dengan lebih kerap

6) Untuk perawat prana yang telah agak cekap, merawat penyakit yang agak simple memerlukan 5-7 pusingan pernafasan, dan kes yang lebih serius memerlukan sehingga 12 pusingan pernafasan atau lebih. Ini cuma 'rough idea'. Untuk mengalirkan tenaga, anda mungkin menggunakan cakra tapak tangan atau cakra jejari anda atau kedua-duanya sekali

Pentenagaan harus dilakukan serentak dengan pernafasan prana. Adalah lebih baik jika anda membuat kira-kira 3 pusingan pernafasan prana sebelum merawat dan teruskan membuat 2 pusingan pernafasan prana selepas selesai mengalirkan energi. Ini untuk mengelakkan perawat dari keletihan

PENTENAGAAN BERGANDA (DOUBLE ENERGIZING)

Terdapat 2 cara membuat pentenagaan berganda iaitu pentenagaan berganda selari (parallel double energizing) dan pentenagaan berganda tidak selari (non-parallel double energizing)-rujuk gambar.



Dalam pentenagaan berganda selari-letakkan tangan anda dalam keadaan menghadap satu sama lain, dan kawasan yang hendak dirawat di tengah-tengahnya.

Dalam pentenagaan berganda tak selari, tangan anda ditujukan pada kawasan yang hendak dirawat, tapi tidak dalam keadaan selari.

Kedua-dua teknik ini menghasilkan medan energi penyembuhan yang kuat, sehingga tangan anda merasa seperti bergetar dan berayun. Pesakit mungkin merasa seperti semut-semut yang mungkin dirasa bukan sahaja pada kawasan yang bermasalah, tapi bahagian lain badan. Kadangkala pesakit merasa seperti 'electric shock'.

Kaedah pentenagaan berganda biasanya dilakukan untuk masalah yang memerlukan jumlah prana yang banyak. Ingat, pemurnian mesti dilakukan dahulu sebelum pentenagaan berganda ini dilakukan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..