MENSENSITIFKAN TANGAN MELALUI PERNAFASAN PRANA
Sehingga setakat ini, saya yakin kebanyakan anda telah sedikit sebanyak boleh merasa atau membuat scanning melalui tangan. Bagaimanapun, kadangkala ada ketikanya tangan kita seperti tidak sensitif dan menyebabkan kita tidak berupaya untuk merasa dan membuat scanning.
Ini boleh diatasi dengan cara anda menumpukan konsentrasi pada tengah-tengah tapak tangan dan pada hujung jari, serentak dengan itu, anda melakukan pernafasan prana untuk 3 pusingan. Ini akan menyebabkan cakra tapak tangan dan cakra pada jari- jari menjadi aktif, bertenaga dan sensitif, dan anda boleh membuat scanning dengan tepat.
SCANNING MENGGUNAKAN JARI
Kebolehan scanning dengan tapak tangan sebenarnya masih belum mencukupi. Anda mesti belajar dan berlatih untuk membuat scanning melalui jari-jari tangan. Ini diperlukan untuk mengenalpasti kawasan-kawasan kecil yang bermasalah, contohnya pada bahagian mata atau tulang belakang. Adalah sukar untuk membuat scanning melalui cakra tapak tangan pada kawasan-kawasan itu kerana bahagian yang bermasalah mungkin terlindung oleh kawasan aura yang sihat--ini tidak dapat dirasai melalui cakra tapak tangan.
Latihan:
Selepas mensensitifkan tangan (dengan membuat pernafasan prana kira-kira 3 pusingan), scan tapak tangan anda sendiri menggunakan kedua-dua jari anda (jari telunjuk dan jari hantu yang dirapatkan). Gerakkan 2 jari anda itu ke hadapan dan ke belakang untuk merasa aura dalaman cakra tapak tangan. Cubalah untuk merasa ketebalan aura tapak tangan dan lapisan-lapisan berbeza aura dalaman.
Cubalah juga membuat scanning menggunakan 1 jari (contoh: jari telunjuk)
Selalulah menumpukan perhatian pada hujung jari anda, bila membuat scanning melalui jari. Ini akan mengaktifkan lagi cakra-cakra mini pada hujung jari tersebut dan anda menjadi lebih sensitif untuk merasa aura.
PENYAPUAN (SWEEPING) MENGGUNAKAN PERNAFASAN PRANA
Teknik penyapuan (menyeluruh atau setempat) adalah teknik untuk memurnikan atau mengeluarkan unsur bioplasma atau aura yang berpenyakit. Ini telah dipelajari dalam siri terdahulu. Walaubagaimanapun, teknik penyapuan ini akan menjadi lebih efektif jika digabungkan dengan pernafasan prana. Semasa membuat pernafasan prana, perawat menjadi lebih bertenaga kerana bioplasmic body mereka akan menjadi lebih terang dan padat--ini lebih senang untuk mengeluarkan unsur bioplasma berpenyakit
Anda cuma perlu mengikut teknik membuat penyapuan atau pemurnian seperti yang dipelajari dalam artikel terdahulu, kali ini anda gabungkan sekali dengan pernafasan prana. Dengan cara ini, sebenarnya pesakit boleh dimurni dan ditenagakan serentak. Teknik ini agak efektif dan dalam banyak keadaan, cukup untuk menyembuhkan penyakit-penyakit yang 'simple'. Penyapuan boleh dilakukan beberapa kaki jaraknya dari pesakit dan anda tidak perlu menggunakan tenaga yang banyak dan posisi tangan yang khas.
Anda boleh menampakkan (visualize) cahaya putih bersinar 'menyapu' dan membersihkan pesakit dari kepala hingga ke kaki semasa membuat penyapuan atau pemurnian.
Nampakkan juga jalur kesihatan (health rays) menjadi tegak dan tersusun rapi.
Visualisasi adalah bergantung kepada anda. Untuk sesetengah orang, pemurnian adalah lebih efektif jika disertai dengan visualisasi. Apa yang lebih penting adalah NIAT (INTENTION) untuk membersih dan mentenagakan bioplasmic body pesakit.
Semasa membuat pemurnian, perhatian khas mesti ditumpukan pada saluran bioplasma belakang (back bioplasmic channel) (dipanggil juga governor meridian) yang melalui tulang belakang dan saluran bioplasma hadapan (front bioplasmic channel) atau functional meridian yang terletak setentang dengan tulang belakang.
Govenor meridian
Kecuali cakra limpa (spleen chakra), hampir kesemua cakra-cakra major terletak di sepanjang 2 saluran tersebut. Pemurnian atau penyapuan yang dibuat pada 2 saluran tersebut akan membersihkan hampir kesemua cakra-cakra major pesakit.
Anda mesti ingat, kesemua organ-organ badan yang penting adalah dibekalkan tenaga dan dikawal oleh cakra-cakra major ini.
Semasa membuat penyapuan setempat, bayangkan atau nampakkan tangan dan jari anda memasuki kawasan tersebut dan unsur berpenyakit berwarna kelabu dikeluarkan..
..bersambung
No comments:
Post a Comment