Terdapat satu cakra minor pada setiap tapak kaki. Dengan menumpukan perhatian (concentrate) pada cakra tapak kaki dan pada masa yang sama membuat pernafasan prana, anda boleh menambahkan dengan banyaknya prana yang diserap melalui cakra tapak kaki. Dengan membuat penumpuan pada cakra tapak kaki, anda akan mengaktifkannya dan dengan membuat pernafasan prana, ianya membantu menyerap lebih banyak prana tanah. Proses menarik prana tanah ini membantu menyegar/memberikan tenaga tambahan (energizing) kepada anda.
Adalah didapati prana tanah lebih baik dan efektif untuk menyembuhkan penyakit-penyakit berkaitan fizikal berbanding prana udara.
Contohnya luka dan kepatahan tulang sembuh dengan lebih cepat dengan prana tanah, dibandingkan dengan prana udara.
Teknik menarik prana tanah ini dipraktikkan oleh seni beladiri China yang dikenali sebagai ki kung---seni menjana tenaga dalaman.
2) Tekan bahagian lekuk pada tapak kaki dengan ibu jari tangan anda. Ini untuk membuatkan penumpuan pada tempat itu lebih baik
3) Tumpukan perhatian pada bahagian tapak kaki dan lakukan pernafasan prana serentak. Lakukan ini sebanyak 10 pusingan
Anda boleh menggunakan prinsip yang sama untuk menarik prana udara atau prana pokok melalui cakra tapak tangan untuk mentenagakan diri anda sendiri. Untuk menarik prana prana udara melalui tangan, cuma tumpukan konsentrasi pada cakra tapak tangan dan lakukan pernafasan prana.
Untuk menarik prana pokok melalui cakra tangan, pilih satu pokok besar dan sihat. Letakkan tangan anda berdekatan batang pokok. Tumpukan perhatian pada cakra tapak tangan dan lakukan pernafasan prana. Lakukan ini untuk 10 pusingan.
Anda mungkin merasai sensasi kebas-kebas atau semut-semut yang menjalar ke seluruh badan.
Selepas melakukan pentenagaan, adalah dinasihatkan untuk menyebarkan prana ini ke seluruh badan. Bayangkan keseluruhan badan anda dipenuhi dengan cahaya atau prana dan sebarkan cahaya ini dengan terus menerus dari belakang ke hadapan beberapa kali dan dari hadapan ke belakang beberapa kali.
..bersambung
No comments:
Post a Comment