"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


4.5.10

Penyembuhan Prana Siri 19


BERAPA KERAP KENA RAWAT PESAKIT?

Ramai yang bertanya, berapa kerap kena rawat pesakit? sekali sehari? sekali seminggu? atau bagaimana?

Jawapannya bergantung kepada beberapa faktor:-

1) Keseriusan penyakit

-Anda kena mempertimbangkan setakat mana serius dan kritikalnya pesakit yang sedang anda rawat. Dalam kes penyakit yang serius, kadar kemerosotan (deterioration) adalah agak cepat. Untuk penyembuhan berlaku, kadar penyembuhan mestilah lebih tinggi dari kadar kemerosotannya. Dalam kata lain, anda terpaksalah merawat pesakit dengan lebih kerap. Contohnya dalam merawat pesakit kanser, rawatan mestilah diberi setiap hari atau setiap dua hari sekali. Jika pesakit dirawat dua minggu sekali, pesakit mungkin tidak boleh sembuh kerana kadar kemerosotannya adalah lebih tinggi dari kadar penyembuhan.

-Dalam kes kecemasan atau kritikal, kadar kemerosotan adalah sangat pantas, yang mana rawatan terpaksa diberi setiap 1 jam atau 4 jam, bergantung kepada situasi tertentu. Dalam kes apendisitis akut misalnya, rawatan mesti diberi sekali setiap jam untuk 4 jam pertama, atau sehingga keadaan pesakit menjadi agak baik. Seterusnya, pesakit dirawat sebanyak 2-3 kali dalam masa beberap hari selepasnya. Bukan semua penyakit apendisitis boleh dirawat dengan penyembuhan prana. Ada yang perlukan pembedahan.

2) Penggunaan prana

Kerosakan tisu seperti dalam kes, kebakaran, luka dan jangkitan kuman menggunakan prana yang banyak dalam masa yang cepat. Jika pesakit mengalami jangkitan kuman yang teruk atau kebakaran, bahagian yang terlibat perlu ditenagakan dengan prana setiap jam untuk beberapa jam akan datang.

3) Permintaan pesakit

Faktor pesakit juga diambil kira. Contohnya pesakit yang mengalami lebam pada tangan dan mahu cepat baik dalam masa sehari atau dua. Jika rawatan prana diberi serta merta dan dengan kaedah yang betul, kulit tidak akan menjadi hitam atau bertukar kuning dan kadar penyembuhan akan menjadi sangat cepat, dalam masa sehari, atau paling lama pun dua hari.

Jika pesakit mahukan penyembuhan yang agak sederhana, rawatan sekali mungkin sudah cukup dan penyembuhan mungkin mengambil masa beberapa hari.

4) Bahagian yang dirawat

Jika bahagian/organ yang dirawat agak sensitif atau mudah tercedera seperti kepala, mata atau jantung, selang antara sesi rawatan adalah agak dipanjangkan. Ini untuk mengelakkan dari pengumpulan prana (pranic congestion) yang boleh membawa akibat yang agak serius. Untuk organ yang kurang sensitif, seperti lutut atau lengan, rawatan boleh dijalankan setiap satu jam untuk 4 jam berikutnya, tanpa sebarang kesan sampingan atau reaksi radikal.

5) Umur dan keadaan kesihatan pesakit

Pesakit yang terlalu lemah, terlalu muda atau tua memerlukan siri rawatan prana yang ringan kerana kebolehan mereka menyerap prana adalah terlalu perlahan.

Yang disebut diatas merupakan beberapa faktor yang perlu anda pertimbangkan dalam menentukan kekerapan merawat seseorang pesakit. Gunakan pertimbangan yang sewajarnya dan 'common sense' anda sendiri.

Saya biasanya melihat pesakit setiap 2-3 hari sekali dalam kebanyakan kes. Dalam kes yang kritikal, atau jika pesakit memerlukan penyembuhan yang cepat, rawatan prana diberi sekali sejam untuk beberapa jam dalam hari pertama, dan sekali atau dua kali sehari untuk beberapa hari selepas itu. Adalah perlu untuk memantau pesakit dengan rapi untuk memastikan mereka tidak mempunyai reaksi radikal yang serius.

PENDEKATAN HOLISTIK DALAM RAWATAN

Seperti yang saya katakan sebelum ini, penyakit adalah boleh disebabkan faktor dalaman atau luaran atau gabungan keduanya. Nyatalah, keadaan kesihatan seseorang, bergantung kepada keadaan kesihatan jasad (physical body), roh (bioplasmic body) dan psikologi pesakit. Walaupun banyak jenis penyakit yang ringan dan berat boleh dirawat melalui penyembuhan prana, adalah lebih baik jika kita boleh memperkuatkan lagi proses penyembuhan melalui herba-herba tertentu atau ubatan konvensional doktor. Maksudnya physical body dan bioplasmic body dirawat serentak, bukan terpisah-pisah.

Secara peribadi, saya telah merawat banyak penyakit melalui kaedah penyembuhan prana sahaja, tetapi saya tidak pernah melarang pesakit-pesakit saya dari mengambil ubatan mereka atau menjalani sebarang pembedahan.

Penyembuhan prana juga mempunyai batas-batas tertentu. Dalam banyak kes, pesakit perlu juga menukar gaya pemakanan, membuat senaman, mengambil ubat atau herba, mengubah gaya hidup, menjalani psychotherapy malah menjalani pembedahan. Sentiasa berfikiran terbuka dengan pesakit dan janganlah merendah-rendahkan kaedah perubatan lain.

SETAKAT MANA KONSENTRASI YANG DIPERLU SEMASA MERAWAT?

Anda tidak perlu mengeraskan otot-otot atau 'berlebih-lebihan' semasa mengalirkan energi prana kepada pesakit. Anda juga tidak perlu membuat visualisasi atau menutup mata. Anda cuma perlu mempunyai sedikit kefahaman (understanding), harapan (expectation) dan penumpuan (concentration). Kadar penumpuan yang diperlukan dalam penyembuhan prana adalah seperti anda sedang membaca buku, itu sahaja!

Kita telah menamatkan peringkat 1 dalam penyembuhan prana iaitu peringkat asas. Selepas ini kita akan memasuki peringkat 2 iaitu peringkat pertengahan.

Teruskan membaca dan membuat latihan!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..