Kebanyakan dari kita berhadapan dengan STRESS setiap hari. Stress boleh menjejaskan mood dan prestasi kerja kita. Stress juga adalah punca kpd 'oxidative stress' yang menjadi punca kepada lebih 70 penyakit kronik
Oleh itu penting sekali kita berupaya untuk menangani stress-tidak kira siapa anda-pelajar, eksekutif, pensyarah, doktor, arkitek. anda boleh belajar kaedah stress yang senang ini..
Cara menangani stresss
Saya akan tunjukkan 3 strategi untuk mengurangkan stress. anda boleh menggunakan salah satu cara di bawah atau menggabungkannya sekali (lebih baik)..
Strategi 1- Kaedah Cepat
1.Tarik nafas dalam-dalam dan semasa anda hembus nafas...relaksss...rasakan ketenangan..
2. Guna kaedah 'mental housecleaning'. katakan anda telah membuat satu kesilapan di ofis dan anda stress setelah dimarahi boss(suatu yang negatif)...tegaskan dalam hati.."cancel-cancel" untuk membuang fikiran yang negatif itu...gantikan dengan sesuatu yg positif eg membayangkan anda membuat kerja anda dengan sempurna dan boss anda memuji anda.
Strategi 2- Kaedah Relaksasi Progresif
Kaedah ini memerlukan anda concentrate setiap otot, bermula dari kulit kepala dan berakhir di jari kaki dan kemudian relakskan ia
Mulakan dgn bhgian kulit kepala. rasakan getaran, suam-suam atau kebas-kebas pada bhgian itu...kemudian relakskan bhgn itu..
Pindah ke bhgian dahi..rasakan getaran, kesuaman dan kebas2 pada bhgian itu..relaks bhgian dahi anda..
Turun ke bhgian mata...concentrate dan relaks..
Bhgian leher...concentrate dan relaks..
Turun lagi ke bhgian bahu, dada, abdomen, peha, lutut, kaki dan jari kaki....concentrate dan relaks...
semakin lama anda practice, anda akan lebih cepat utk relaks dgn kaedah ini
Strategi 3- Kaedah 3 jari
Kaedah ini perlukan latihan untuk sampai ke tahap alpha dahulu. (rujuk posting sebelum).
Katalah anda telah mahir dan sampai ke alpha dgn cepat (selepas kiraan menurun 5 hingga 1), lakukan latihan ini..
1. meditasi. buat kiraan menurun- 5,4,3,2,1 dan anda menurunkan 'brainwave' ke alpha
2.rapatkan hujung ibu jari ke hujung jari telunjuk dan hantu spt gambar)
3. katakan dalam fikiran anda.." setiap kali saya stress dan mahu relaks, saya akan rapatkan jari saya seperti ini dan fikiran saya akan relaks..
4. tarik nafas dalam-dalam dan semasa hembus nafas...relaks
5. buat latihan ini selalu semasa meditasi dan masa akan datang, jika anda mahu kurangkan stress, anda cuma perlu rapatkan hujung ibu jari tangan ke hujung jari telunjuk dan jari hantu sahaja...
OK....selamat mencuba dan relax,-it's good for you!
No comments:
Post a Comment