"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


17.5.08

Latihan untuk sampai ke tahap alpha













Adakah anda mahu berfikiran tenang, sentiasa mendapat idea, ilham, gerak hati, bebas dari stress, mendapat kebolehan 'self-healing' atau mengubati orang, 'clairvoyance, telekinesis, telepathy, dan macam-macam lagi?

Tentu semua orang mahukan kebolehan ini. Sebenarnya ia berkait rapat dengan kebolehan seseorang utk menggunakan sepenuhya keupayaan otak kanan. Dan otak kanan akan diaktifkan semasa anda berada pada gelombang alpha iaitu situasi ketenangan. ini boleh dicapai dengan meditasi

Untuk sampai ke tahap alpha dengan cepat, anda perlukan latihan tertentu ie 15 minit selama 40 hari. ini adalah berdasarkan kajian terperinci. (kecualilah anda boleh invest RM 1k lebih utk belajar kursus secara formal selama 2 hari :)). jadi tak rugi sebenarnya investment masa anda selama 15 minit setiap hari. you'll lose nothing, in fact you'll gain everything. believe me..lets do it together..

OK kita mulakan..

1. Latihan dimulakan pada waktu pagi, sebaik anda bangun dari tidur, sebelum atau selepas waktu Subuh

2.Pejam mata anda dan dongak sedikit kepala lebih kurang 20 darjah.kajian menunjukkan ini menghasilkan lebih gelombang alpha

3. Kira secara menurun (dalam kepala anda, bukan secara kuat) drpd 100 hingga 1. (tunggu lebih kurang sesaat setiap nombor)

4. Bila anda mencapai kiraan 1, fokuskan mental anda pada satu kejayaan (kewangan, kesihatan atau apa saja). cara yg paling mudah ialah untuk mengingat kembali saat dimana anda telah beroleh satu kejayaan 100% (dalam peperiksaan misalnya). ingat kembali setting tersebut, dimana anda ketika itu, suasana, apa yg anda buat dan apa yg anda rasa pada masa itu.

5. Ulang (dalam fikiran). " Setiap hari dalam setiap langkah, saya akan menjadi lebih baik dan baik".

6. Lepas itu katakan pada diri anda. " Saya akan kira dari 1 hingga 5. Bila saya sampai ke kiraan 5, saya akan buka mata, rasa sangat hebat, sihat dan lebih baik dari sebelum ini"..

7. Mula mengira. Bila anda sampai ke kiraan 3, ulang.."Bila saya sampai ke kiraan 5, saya akan buka mata, rasa sangat hebat, sihat dan lebih baik dari sebelum ini".

8. Teruskan kiraan anda sehingga ke kiraan 5. Bila sampai ke 5, buka mata anda dan tegaskan " Saya sedar sepenuhnya, rasa sangat hebat, sihat dan lebih baik dari sebelum ini"

40 hari yang akan mengubah hidup anda...bagaimana?
  • pada 10 pagi pertama, sila ikuti 8 step diatas, dgn mengira dari 100 ke 1
  • 10 hari berikutnya, ikuti step yg sama, tapi kira dari 50 ke 1
  • 10 hari berikutnya, kira dari 25 ke 1
  • 10 hari terakhir, kira dari 10 ke 1
Selepas 40 hari itu, anda cuma perlu kira dari 5 ke 1 untuk sampai ke alpha...

sabar...dan ikutilah langkah2 yg telah digariskan..

Klik link ini utk audio- relaxation exercise..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..